Fokus krisis Covid-19, blok Dr Mahathir enggan ulas langkah Zahid

Fokus krisis Covid-19, blok Dr Mahathir enggan ulas langkah Zahid

Blok Pejuang yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas berhubung perkembangan terbaru yang dicetuskan selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beberapa ahli Parlimen bersekutu dengannya menarik kongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengingatkan akan titah Yang di-Pertuan Agong agar memfokuskan kepada perang melawan Covid-19.

“Sememangnya itu yang dihasratkan oleh Pejuang ketika mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara dengan menggembleng tenaga pakar bagi memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” kata ahli Parlimen Jerlun itu dalam satu kenyataan malam ini.

Hari ini Zahid mengumumkan memilliki surat akuan bersumpah yang cukup daripada ahli-ahli Parlimennya untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, mengatakan perdana menteri sudah hilang majoriti untuk kekal berkuasa.





Presiden Umno itu pada sidang media hari ini berkata surat akuan bersumpah (SD) tersebut akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker