Perjumpaan di kediaman PM selesai selepas 4 jam

Perjumpaan di kediaman PM selesai selepas 4 jam

Perjumpaan di kediaman PM selesai selepas 4 jam

Kuala Lumpur: Perjumpaan beberapa individu termasuk anggota Kabinet di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, selesai kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Beberapa kenderaan yang dinaiki mereka mula dilihat meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu bermula 12.10 tengah malam tadi selepas hampir empat jam perjumpaan berkenaan diadakan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Faizal Azumu, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man antara individu yang diljhat hadir ke kediaman Muhyiddin itu.





Difahamkan, individu itu hadir untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu politik semasa yang melanda negara, namun tidak dapat dipastikan inti pati di sebalik perjumpaan berkenaan.


Disyorkan Untuk Anda :


Selepas pengumuman penarikan sokongan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika sidang media pada 6 petang semalam, kediaman Muhyiddin mula menjadi tumpuan media yang mula berkampung.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun adalah individu pertama yang dilihat hadir ke kediaman Perdana Menteri itu pada 8.20 malam tadi.

Ia diikuti Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Faizal Azumu yang tiba pada 8.35 malam dan disusuli Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air pada 8.50 malam.





Turut hadir Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran yang hadir pada 8.55 malam dan kemudiannya Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin merangkap Setiausaha Agung Bersatu.

Selain itu, tiga lagi Menteri iaitu Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyertai perjumpaan itu.

Perjumpaan di kediaman PM selesai selepas 4 jam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/30/perdana-menteri-dedahkan-kegagalan-kj/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker