UMNO Cabar Mahiaddin Adakan Usul Undi Percaya Sekarang, Bukan Bulan September

Dalam kenyataan khas yang dibuat oleh Mahiaddin selepas mengadap SPB YDP Agung, beliau mendakwa masih lagi mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen yang cukup untuk Perikatan Nasional terus mentadbir negara.

Beliau juga menuduh krisis politik yang berlaku sekarang adalah berpunca dari sikap beberapa pemimpin yang dipercayai dari UMNO yang tidak berpuas hati kerana beliau ‘enggan’ campurtangan dalam kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh pemimpin berkenaan.

Baca di sini:





https://www.malaysiakini.com/news/585844

Berdasarkan pengakuan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dalam ucapan beliau pada 2 Ogos 2021 yang lalu, Ahli Parlimen yang mahu Mahiaddin meletak jawatan adalah seramai 107 orang.

Dan melalui kenyataan Mahiaddin sendiri, seramai 8 orang Ahli Paerlimen UMNO sudah persembahkan kepada SPB YDP Agung untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Ini bermakna secara jelas Mahiaddin telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

Untuk mengukuhkan dakwaan bahawa Mahiaddin sudah kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen, Presiden UMNO juga telah mengutus surat kepada SPB YDP Agung untuk makluman baginda ada tambahan surat akuan dari Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin dan Perikatan Nasional





Sehubungan itu, Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sekiranya benar apa yang Mahiaddin dakwa, UMNO mencabar Mahiaddin supaya mengadakan usul undi percaya di dalam Parlimen sekarang dan bukannya menunggu hingga bulan September 2021.

Ada asasnya cabaran yang dibuat oleh UMNO terhadap Mahiaddin.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, ekoran dari penularan baru Covid-19 dikesan di Parlimen, beliau menasihatkan supaya Parlimen ditutup selama 2 minggu bermula dari 5 Ogos 2021.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/perlu-tangguh-dua-minggu-aktiviti-parlimen-kementerian-kesihatan/





Ini bermakna selepas 19 Ogos 2021, sidang Parlimen boleh diadakan semula.

Jadi mengapa Mahiaddin mesti menunggu sehingga bulan September untuk mengadakan ususl undi percaya?

Apakah Mahiaddin perlukan lebih masa untuk menjalankan ‘scheme of things’ beliau?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker