Cukup-Cukuplah Tun, Sementara Masih Ada Waktu, Gunakanlah Untuk Mengenang Dosa Lalu

Tun Dr Mahathir, bukan satu nama asing dalam pentas politik tanah air.

Pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali.

Manusia yang pertama dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, walau pun dalam Perlembagaan Malaysia TIDAK ada langsung perkataan Perdana Menteri.

22 tahun sebagai Perdana Menteri ke 4 dan 22 bulan sebagai Perdana Menteri ke 7.





Namun, selepas lebih 2 dekad menjadi Perdana Menteri, apakah jasa-jasa tersohor Dr Mahathir kepada rakyat dan negara terutamanya bangsa Melayu?

Rakyat belum lupa bagaimana pada tahun 2003, Dr Mahathir melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Akibat dari persempadanan semula itu, kuasa penentu kemenangan calun pilihanraya tidak lagi berada di tangan pengundi-pengundi Melayu.

Akibatnya, banyak ADUN dan Parlimen yang dahulunya dikuasai oleh calun Melayu, kini telah bertukar Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen.





Paling membimbangkan, kawasan-kawasan itu kini dikuasai sepenuhnya oleh parti cauvanis Cina, DAP.

Persempadanan semula ini sudah tidak boleh diubah kerana untuk mengubahnya, memerlukan 2/3 persetujuan Ahli Parlimen.

Dalam keadaan sekarang, di mana tiada satu pun parti politik tunggal mampu membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 Ahli Parlimen, untuk mengubah persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah sangat mustahil.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/01/241476/persempadanan-semula-2003-antara-dosa-terbesar-mahathir-kepada-melayu





Rakyat belum lupa bagaimana Dasar Penswastaan yang diperkenalkan Dr Mahathir pada tahun 1983 telah mewujudkan budaya kroni dalam pentadbiran kerajaan dan mengkayakan kroni mereka.

Secara dasarnya, sekiranya negara melakukan dasar penswastaan, ianya akan membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam mentadbirkan negara dan kerajaan juga akan memperolehi cukai dari syarikat-syarikat yang diberikan kepercayaan untuk menguruskan kepentingan asas negara.

Ini bermakna, tidak sahaja dapat menjimatkan wang kerajaan, malah kerajaan akan memperolehi pendapatan.

Tetapi dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir hanya bertumpu dasn menguntungkan kepada beberapa kroni beliau sahaja.





Ini mewujudkan budaya monopoli dalam membekalkan perkhidmatan kepada keperluan asas rakyat.

Baca di sini:

https://pakdin.my/dasar-penswastaan-mahathir-dan-anwar-tqhun-80an-90an-jadi-dasar-kronisme/

Keadaan ini cuba diperbetulkan oleh DS Najib Razak sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ke 6.

Sebagai contoh, syarikat perkhidmatan kesihatan tersohor IHH.





Di bawah pentadbiran DS Najib, Khazanah Bhd adalah pemegang saham terbesar IHH.

Keuntungan yang diperolehi oleh Khazanah Bhd melalui aktiviti perniagaan IHH, akan dikembalikan kepada rakyat.

Bukan sekadar itu, melalui pegangan majoriti saham Khazanah dalam IHH juga boleh membuka peluang perkerjaan di bidang perubatan kepada rakyat Malaysia, sama ada di dalam atau di luar negara.

Tetapi semuanya bertukar bila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua apabila Khazanah menjualkan pegangan saham kepada Mitsui.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-ph-hanya-tahu-jual-aset-najib-razak-195197

Rakyat belum lupa bagaimana di peringkat awal wabak Covid-19 mula menular ke seluruh dunia, negara-negara lain menutup pintu masuk mereka kepada rakyat China tetapi Dr Mahathir membuka seluas-luasnya pintu masuk negara kita kepada rakyat China.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mustahil-untuk-kuarantin-semua-pelancong-china-di-malaysia-tun-m-229055

Akibatnya wabak Covid-19 mula menular dengan luas ke seluruh negara dan kesannya semakin hari semakin buruk kepada rakyat dan negara hingga sekarang.

Dan kini Dr Mahathir mula cuba menonjolkan diri untuk mendapatkan imej sebagai satu-satunya hero yang mampu menyelamatkan rakyat dan negara ini.

Matlamatnya apa?

Tidak lain dan tidak bukan supaya dilantik semula sebagai seorang yang berkuasa di Malaysia.

Sebenarnya terlalu banyak kerosakan yang Dr Mahathir sudah lakukan.

Cuma sepanjang 22 tahun memerintah, segala-galanya dapat disembunyikan di bawah karpet kerana sumber maklumat rakyat hanya bergantung sepenuhnya pada media massa yang dikawal sepenuhnya oleh Dr Mahathir.

Tetapi Allah SWT memberikan kuasa kepada Dr Mahathir kali kedua dalam keadaan media tidak boleh lagi beliau kawal.

Mungkin Allah SWT hendak mengingatkan semula kepada Dr Mahathir apa yang telah beliau lakukan sebelum ini, ye lah, kan Dr Mahathir sendiri cakap, Melayu mudah lupa.

Sudah-sudahlah Dr Mahathir, dah terlalu banyak kerosakan yang dah dilakukan sepanjang berkuasa.

Mungkin Allah SWT telah memakbulkan doa mantan Presiden PAS, Allahyarham Us Fadhil Noor.

https://theflyingkick.blogspot.com/2016/09/doa-almarhum-ustaz-fadzil-noor.html

Gunakanlah kesempatan yang Allah SWT berikan ini untuk bertaubat sebelum dijemput kembali kepada pencipta yang Maha Agung.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker