Dakwa Di Beri Tekanan Campurtangan Dalam Kes Mahkamah, Muhyiddin Mesti Buat Lapuran Polis – Peguam Kanan

Dalam Sidang Media Khas yang dibuat oleh Mahiaddin Md Yasin, beliau telah mendakwa telah menerima tekanan yang berbentuk ugutan dari pihak-pihak tertentu supaya beliau mencampuri urusan mahkamah.

Apakah apa yang beliau dakwa itu benar-benar berlaku?

Sebenarnya, mungkin orang yang bertanggungjawab menulis teks ucapan dan juga Mahiaddin sendiri tidak menyedari bahawa dakwaan yang beliau buat itu akan menyebabkan beliau terperangkap dalam perundangan negara.

Menurut Peguam Kanan, Tuan Hj Hanif Khatri, dari sudut perundangan, Mahiaddin perlu membuat lapuran polis atas ugutan yang beliau dakwa telah diberikan oleh pihak-pihak tertentu itu.

Kerana melakukan ugutan adalah satu jenayah dan boleh didakwa di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.





Dan sekiranya benar telah berlaku jenayah ugutan ke atas Mahiaddin, tetapi beliau tidak mahu membuat lapuran polis, maka Mahiaddin sendiri boleh didakwa di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan, kerana menyembunyikan perbuatan jenayah.

Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1388913414842885&id=100011727181479

Selain dari itu, dakwaan Mahiaddin juga boleh membawa persepsi yang cukup negatif oleh bukan sahaja rakyat di negara ini, malah di mata dunia.

Maka tidak hairanlah, sebaik sahaja Mahiaddin selesai membuat Sidang Media Khas, indeks Bursa Saham Malaysia telah jatuh merudum.





https://mykmu.net/2021/08/04/pm-kekal-jawatan-bursa-malaysia-terus-susut/

Jadi, Mahiaddin MESTI membuat lapuran polis bukan sahaja untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau, malah untuk mengembalikan kepercayaan dunia terhadap ketelusan sistem pengasingan kuasa di Malaysia.

Sekiranya beliau terus berdiam diri, bukan sahaja boleh didakwa di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah, tetapi akan menghadapi krisis kepercayaan bukan sahaja dari kalangan rakyat ke atas diri beliau, malah lebih buruk lagi keyakinan dunia terhadap Malaysia.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/61241/KOLUMNIS/Jenayah-fitnah





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker