Ismail Sabri Menipu 31 Ahli Parlimen BN Sokong Mahiaddin Dan Perikatan Nasional?

Semalam Mahiaddin  menipu dengan mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Hari ini tiba giliran ‘2nd boss’, Ismail Sabri untuk menipu.

Tapi secara tidak sedar, sebenarnya Ismail Sabri telah mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Mahiaddin.

Dalam sidang media bersama-sama dengan sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diadakan hari ini, 6 Ogos 2021, Ismail Sabri mendakwa bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang memberikan sokongan kepada Mahiaddin dan Perikatan Nasional adalah seramai 31 orang.





Antara nama-nama yang disebutkan oleh Ismail Sabri sebagai sudah pasti memberikan sokongan kepada Mahiaddin dan Perikatan Nasional ialah Ahli Parlimen Tg Karang(UMNO), DS Noh Omar, Ahli Parlimen Baling(UMNO) dan Ahli Parlimen Baling(UMNO), DS Azeez Rahim.

Namun sejurus selepas membuat sidang media tersebut, Ahli Parlimen Tg Karang(UMNO), DS Noh Omar telah menafikan dakwaan Ismail Sabri.

Diikuti pula penafian dari Ahli Parlimen Baling(UMNO), DS Azeez Rahim, juga membuat penafian yang sama.





Menurut kedua-dua Ahli Parlimen tersebut, mereka cuma menandatangani surat kehadiran perjumpaan Ahli Parlimen Barisan Nasional bersama dengan Ismail Sabri, dan tandatangan itu bukanlah tandatangan sebagai tanda mereka akan menyokong Mahiaddin atau pun Perikatan Nasional.

Dalam sidang media yang dilakukan secara berasingan oleh DS Noh Omar dan DS Azeez Rahim, kedua-duanya dengan tegas menyatakan pendirian akan terus patuh dengan ketetapan yang telah dibuat oleh UMNO.

Manakala Ahli Parlimen Parit(UMNO), juga dilapurkan menyatakan pendirian yang sama.





Persoalannya, apakah 10 Ahli Parlimen yang didakwa oleh Ismail Sabri bersetuju menyokong Mahiaddin dan Perikatan Nasional tetapi tidak hadir dalam sidang media yang beliau lakukan, benar-benar telah menyatakan persetujuan untuk bersama-sama beliau.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/586099

Mungkin 8 dari mereka benar-benar bersetuju tetapi bagaimana dengan Ahli Parlimen Kimanis(UMNO), Mohamad Alamin dan Ahli Parlimen Putrajaya(UMNO), Tengku Adnan Tengku Mansor?

Adakah kehadiran mereka telah dianggap sebagai sokongan sebagaimana DS Noh Omar dan DS Azeez Rahim?





Kalau bilangan Ahli Parlimen yang menyokong pun boleh Ismail Sabri tipu, anggap saja apa yang dikatakan olehIsmail Sabri dalam sidang media tadi ibarat menonton filem animasi, dengar boleh tapi percaya jangan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker