Peja Di Lantik Penasihat Khas Perdana Menteri Bertaraf MENTERI, Apa Nasihat Pertama Peja Agaknya?

Mantan Meteri Besar Perak yang digulingkan, Ahmad Faizal Azumu (Peja) telah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri.

Ini bukan Penasihat Khas bisher-bisher, tapi Penasihat Khas Perdana Menteri yang bertaraf menteri.

Berapa gaji dan elaun yang akan Peja dapat, kita tak pasti, tapi yang kita pasti, nilainya sudah pasti puluhan ribu duit rakyat akan digunakan, ialah bukan kaleng-kaleng punya jawatan, bertaraf menteri tuuu…

Baca di sini:





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/847612/ahmad-faizal-dilantik-penasihat-khas-pm

Dalam keadaan Mahiaddin kata kerajaan sudah tidak ada ada dana yang mencukupi, tiba-tiba, Mahiaddin tambah lagi ‘head count’ dalam pentadbiran kerajaan yang menjadi sejarah sebagai pentadbiran yang mempunyai bilangan terbesar pernah dibentuk.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/570438

Persoalannya:





Apakah keperluan mendesak untuk Mahiaddin untuk melantik Peja sebagai Penasihat Khas bertaraf menteri?

Apakah Peja mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang?

Portal The Front Media pernah mendedahkan ‘kecemerlangan’ Peja sewaktu menjadi Menteri Besar Perak dalam satu artikel bertajuk PERAK KARAM : Surat Terbuka Buat Rakyat Perak.

Baca di sini:

https://www.thefrontmedia.com/perak-karam-surat-terbuka-buat-rakyat-negeri-perak/





Bukankah Peja sudah terbukti gagal mentadbir Perak hingga beliau tumbang dengan undian yang cukup memalukan dalam Dewan Undangan Negeri Perak?

Baca di sini:

https://sabahkini2.com/en/news/3311/tumbangnya-peja-mb-perak-benarkah-kerana-isu-tanah-supol-pendedahan-netizen-mengejutkan/view

Malah Peja juga tidak mempunyai akhlak yang sepatutnya sebagai seorang pemimpin masyarakat.

Sumber memberitahu, di era Peja menjadi Menteri Besar Perak, kediaman rasmi Menteri Besar seringkali menjadi lokasi untuk aktiviti tidak bermoral, sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.





Rakyat tidak kisah kalau puluhan ribu dibelanjakan untuk mengatasi masalah Covid-19 atau untuk membantu rakyat yang sedang dihimpit penderitaan akibat pelbagai dasar yang salah diperkenalkan oleh Mahiaddin selama ini.

Tetapi mengapa dibazirkan puluhan ribu duit rakyat hanya semata-mata untuk melantik seorang penasihat yang mempunyai rekod perkhidmatan yang buruk?

Apa pun, tahniah kepada Peja dan takziah kepada Mahiaddin Md Yasin.

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker