ROS Di Peralatkan Dan Naratif Jajaran Baru Di Aktifkan Semula Untuk Menguburkan UMNO!!!

Yang sedang hangat cuba dimainkan oleh konco-konco Mahiaddin, sama ada yang berada di dalam UMNO, mahu pun di luar UMNO ialah akibat dari sikap leka kepimpinan tertinggi UMNO, besar kemungkinan parti UMNO akan diharamkan kerana mengengkari Perlembagaan sendiri.

Tapi benarkah begitu?

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ROS sendiri, semua pertubuhan hendaklah menangguhkan dahulu semua Mesyuarat Agung tahunan sekiranya tidak dapat dilakukan secara maya.

Ini adalah selaras dengan perintah ‘Total Lockdown’ yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula pada 1 Jun 2021.





Baca di sini:

https://www.ros.gov.my/admin/files/ros_portal/assets/pdf/PELAKSANAAN_AGM.pdf

Benar, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ROS, yang disarankan untuk ditangguh ialah mesyuarat agung tahunan dan bukannya pemilihan parti.

Tapi secara rasional, sekiranya mesyuarat agung tahunan yang tidak melibatkan perhimpunan mega disarankan untuk ditangguhkan, apakah pemilihan parti yang melibatkan perhimpunan kumpulan yang lebih besar dikecualikan?

Juga benar, yang dinyatakan secara rasmi oleh ROS ialah sekiranya tidak dapat dilakukan secara maya, maka saranan ROS ialah supaya ianya ditangguhkan terlebih dahulu.





Ada yang cuba mempertikaikan, kalau PAU 2020 boleh dilaksanakan secara hibrid, mengapa pemilihan parti tidak boleh dilakukan secara maya atau hibrid?

Apa yang Edisi Siasat hendak tekankan di sini, PAU 2020 dilaksanakan pada 26 Mac 2021 hingga 28 Mac 2021, dan ketika itu jangkitan kes baharu kes Covid-19 berada di bawah paras 500 jangkitan kes sehari, manakala bilangan kes aktif berada di bawah paras 2,500.

Manakala, jumlah kes jangkitan baharu harian Covid-19 pada tarikh ROS keluarkan kenyataan ialah 6,239 kes, manakala jumlah kes aktif pula telah melonjak ke 81,575 kes!!!





Anggaran kenaikan hingga 30 kali ganda, berbanding ketika PAU 2020 dilangsungkan!!!

Berikutan dengan keputusan Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di ILMU, Janda Baik, Pahang pada 19 Februari 2021 dan pandangan dari ROS sendiri dalam surat bertarikh 2 Jun 2021, pandangan dari Ketua Pengarah Kesihatan melalui surat bertarikh 10 Mei 2021 dan pandangan dari Timbalan Ketua Pengarah dalam surat bertarikh 11 Jun 2021 yang berpendapat sekiranya pemilihan secara maya tidak boleh dilakukan, maka penangguhan patut dibuat bagi mengekang penularan Covid-19, maka pada 24 Jun 2021, UMNO telah mengutuskan surat bertarikh 24 Jun 2021 kepada ROS untuk memaklumkan keputusan menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.





Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4299007776828167&id=1748672848528352

Jadi sangat jelas tidak ada apa-apa perlanggaran perlembagaan yang dilakukan oleh UMNO berhubung penangguhan pemilihan parti.

UMNO juga telah menghantar surat penjelasan mengenai isu ini kepada Ketua Pengarah ROS, Hj Jasri Kasim, pada 9 Ogos 2021.

Baca di sini:





https://www.facebook.com/1748672848528352/posts/4299007776828167/

Jadi tidak perlulah lagi diperbesarkan isu ini lagi dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Rizal Abdullah.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/mkt-umno-tidak-lagi-sah-selepas-30-jun-2021-peguam-313020

Biarlah pihak ROS yang membuat keputusan dan sekiranya UMNO tidak bersetuju dengan keputusan ROS, UMNO masih lagi boleh membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri dan selepas itu boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan.

Namun, seperkara yang sangat menarik ialah, apakah wujudnya ‘tangan ghaib’ yang mengarahkan ROS untuk bertindak cepat seperti yang dikatakan oleh Peguam Hanif Khatri?

Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1390848921316001&id=100011727181479

Sejak 143 dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara membuat ketetapan untuk menolak kerjasama dengan PPBM dalam PRU 15 yang akan datang, ianya menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan kluster menteri dan sekutunya.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/117425/BERITA/Politik/MT-akan-putuskan-usul-tolak-kerjasama-dengan-Bersatu

Pada awalnya, dimainkan isu, kononnya keputusan mesyuarat Bahagian UMNO dipengaruhi oleh pemimpin yang berada di tingkat 38 Wisma Putra.

Apabila ianya berjaya  disangkal, naratif UMNO sedang membentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP telah disebarkan ke seluruh negara.

Tujuan utama adalah supaya perwakilan UMNO yang menghadiri PAU 2020 akan menolak ketetapan untuk memutuskan kerjasama politik antara UMNO dan PPBM.

Sangat mustahil untuk perwakilan UMNO menerima kebenaran berita kepimpinan tertinggi UMNO bersedia melakukan kerjasama dengan DAP, tetapi sekiranya dipengaruhi, mungkin perwakilan UMNO boleh terpengaruh dengan rekamaya hungan kerjasama politik dengan Anwar Ibrahim, lalu isu ini dimainkan dengan begitu meluas.

Malah, mereka mendakwa, kononnya Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah mengutus surat sokongan MP UMNO secara en bloc kepada Anwar Ibrahim, tanpa mendapatkan persetujuan dari MP UMNO terlebih dahulu kepada SPB YDP Agung, namun mereka tidak dapat mengemukakan bukti yang kukuh dan ianya hanya sekadar rekaan semata-mata.

Apa yang dapat Edisi Siasat nyatakan, adalah amat mustahil bagi kepimpinan UMNO untuk melakukan apa juga bentuk kerjasama dengan pemimpin seperti Anwar Ibrahim.

Sikap dan keperibadian Anwar adalah sangat-sangat bertentangan dengan prinsip dan perjuangan UMNO.

Malah, bekas peguam Anwar Ibrahim sendiri, Zulkifli Nordin, pernah mendedahkan bagaimana hebatnya sikap hipokrit Anwar Ibrahim.

Kepimpinan tertinggi UMNO bukanlah seperti yang disangkakan oleh kluster menteri.

Mereka tidak akan menongkah arus dan membelakangkan suara akar umbi demi kepentingan politik peribadi, seperti yang dilakukan oleh kluster menteri.

Sekiranya Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi,  mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak, hanya memikirkan kepentingan peribadi, pasti UMNO sudah lama berkubur kerana sudah menjadi rahsia umum, penubuhan PPBM adalah untuk membunuh UMNO.

Ironiknya, di sebalik usaha yang begitu bersungguh-sungguh dari musuh dalaman dan luaran UMNO, PPBM pula semakin rapuh dan berpecah.

Bukan ciptaan atau rekaan, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh, YAM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abdul Bakar mengumum peletakkan jawatannya sebagai ketua bahagian Bersatu hari ini.

Di dalam sidang medianya hari ini, beliau turut menyerahkan permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Adalah lebih baik, dengan masa yang semakin singkat ini, kluster menteri UMNO memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan bos baharu mereka dalam menghadapi undi percaya atau undi tidak percaya di Parlimen pada bulan September ini.

Sejarah politik Malaysia belum pernah mencatitkan seorang Perdana Menteri Malaysia disingkirkan dari kedudukannya dalam undi percaya atau undi tidak percaya di Parlimen.

Apakah Mahiaddin akan mencatit sejarah sebagai orang yang pertama digulingkan di Parlimen?

Baca di sini:

https://my-tv.online/2021/08/09/muhyiddin-bakal-catat-sejarah-pm-yang-tersungkur/

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker