DS Ahmad Maslan Dedahkan Presiden UMNO Nafikan Kerjasama Dengan Anwar & DAP Dengan Bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi

Naratif basi yang tidak jemu-jemu dilagukan oleh kluster manteri UMNO dan pengikut mereka ialah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, secara senyap-senyap cuba mebuat kerjasama dengan DS Anwar Ibrahin dan DAP.

Matlamatnya sangat mudah dibaca, menanamkan persepsi negatif akar umbi UMNO terhadap Presiden UMNO, dan berharap akan berlakunya gelombang yang besar di peringkat akar umbi supaya menentang Presiden UMNO.

Dengan itu semua keputusan yang telah UMNO buat untuk menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin dan Perikatan Nasional dapat dikaji semula.

Namun, apa yang telah didedahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan dalam satu wawancara bersama NRCHANNEL TV telah mendedahkan segala-galanya.





DS Ahmad Maslan mendedahkan, di hadapan beliau dan beberapa MP UMNO, Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk membuktikan bahawa beliau masih lagi berpegang teguh dengan ketetapan UMNO, NO ANWAR, NO DAP dan NO PPBM!!!

Ternyata dakwaan Presiden UMNO mengkhianati mandat yang diberikan perwakilan PAU 2020 untuk menentukan masa yang tepat bagi melaksanakan NO PPBM, NO ANWAR dan NO DAP dengan membuat perancangan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah fitnah semata-mata.

Dalam keluaran yang lepas, skuad Edisi Siasat mendedahkan tuduhan oleh beberapa pihak yang menuduh kononnya Presiden UMNO telah mengutuskan surat sokongan supaya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dari Ahli Parlimen Barisan secara en bloc kepada SPB YDP Agung.

Namun tuduhan itu tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.





Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/10/ros-di-peralatkan-dan-naratif-jajaran-baru-di-aktifkan-semula-untuk-menguburkan-umno/

Namun, akar umbi UMNO kini sudah matang untuk terpesona dengan dendangan lagu yang sumbang iramanya.

Pendedahan Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, telah membuka pekung sebenar dan menyebarkan bau busuk pekung kluster menteri dan MP UMNO yang bersama mereka ke seluruh negara.

Tentu kita masih ingat bagaimana dalam sidang media Ismail Sabri di Dewan DBKL, beliau menyatakan bahawa Presiden UMNO mengeluarkan arahan supaya semua MP UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan Perikatan Nasional dilakukan tanpa berjumpa dengan MP UMNO terlebih dahulu.





Dalam rancangan yang sama, DS Ahmad Maslan, mendedahkan hakikat sebenar, MP UMNO sebenarnya yang tidak mahu berjumpa Presiden UMNO dan bukan sebaliknya.

UMNO bukanlah sebuah parti yang gila dan tamak kuasa serta pangkat seperti yang dituduh oleh beberapa pihak.

Kenyataannya, UMNO adalah sebuah parti Melayu Islam yang sentiasa menjunjung prinsip perlembagaan dan memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Namun, tidak dapat dinafikan, dalam setandan pisang, pasti ada buah yang busuk, apatah lagi dalam keluarga besar UMNO.





Kluster Menteri UMNO dan MP UMNO yang bersama-sama mereka yang bertanggungjawab memberikan imej yang buruk kepada UMNO dengan sikap tamak kuasa dan pangkat serta mendahului kepentingan peribadi sehingga sanggup membelakangkan ketetapan parti.

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, dengan berlapang dada menyokong Mahiaddin dilantik sebagai Perdana Menteri di awal penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional dan tidak pernah mendesak supaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana tidak mahu mencemarkan nama UMNO dengan turun naik mahkamah bagi menghadapi pertuduhan terpilih yang bermotifkan politik yang sedang beliau hadapi.

Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan, dengan tegas menolak tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri yang ditawarkan oleh Mahiaddin kerana menghormati ketetapan parti.





Biar tidak berjawatan, tapi jangan tidak mempunyai parti.

Itulah falsafah perjuangan pemimpin yang sayangkan parti.

Mereka adalah pemimpin yang berjiwa kental, tidak sesekali akan sanggup menggadaikan maruah dan harga diri serta sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi untuk perjuangan UMNO.

Biarkanlah si Luncai terjun dengan labu-labunya, pasti di suatu masa, mereka akan sedar bahawa labu yang dipeluk itu bukanlah pelampung yang boleh menyelamatkan mereka.

Akar umbi UMNO masih lagi mempunyai harga dan maruah diri serta sentiasa tega untuk mempertahankan parti.

Keluaran akan datang, Skuad Edisi Siasat akan dedahkan apa muslihat Mahiaddin mahu membuat undi percaya pada bulan September dan bukan sebelum itu, tungguuu…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker