Nasib Mahiaddin Akan Di Tentukan Dalam Undi Percaya Mesyuarat Khas Parlimen Pada 18 Ogos 2021

Satu mesyuarat khas Parlimen difahamkan akan diadakan pada 18 Ogos ini.

Sumber seorang Ahli Parlimen memberitahu sidang khas tersebut adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin

Menurutnya, Mahiaddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga akan mengadakan perutusan khas dalam tempoh terdekat.

“Kalau tidak, kemungkinan besar beliau akan letak jawatan sebelum 18 Ogos dan minta bubar Parlimen.





“Selepas itu terserah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, pihaknya belum menerima usul undi percaya terhadap Mahiaddin.

Namun, katanya, kerajaan masih ada masa untuk mengusulkan perkara tersebut.

“Bagi usul kerajaan tempoh penghantarannya tidak terlalu jauh dari tarikh persidangan berbanding usul peribadi yang perlu dihantar dalam tempoh 14 hari sebelum bersidang,”

Dalam satu perutusan khas pada 4 Ogos 2021 yang lalu, Mahiaddin memaklumkan bahawa beliau telah persembahkan kepada SPB YDP Agung bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti yang cukup dari Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.





Bagaimanapun, menurut satu lapuran yang dikeluarkan oleh portal FMT, dalam pertemuan mingguan antara SPB YDP Agung dengan Mahiaddin, baginda telah sekali lagi mengingatkan beliau berkenaan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menyebut :

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Baca di sini :

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/11/king-reminds-pm-on-what-constitution-says-about-mps-support/

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara43-Ma.Html





Walau bagaimana pun, kita masih lagi menunggu kenyataan rasmi dari sama ada Pejabat Perdana Menteri atau Dewan Rakyat.

 

Sumber:

https://malaysiadateline.com/sidang-khas-parlimen-18-ogos-ini/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker