Apakah Agung Sudah Menghidu Strategi Licik Mahiaddin Lantas Menitahkan Isu Keabsahan Di Selesaikan Sebelum Persidangan Penggal Keempat Parlimen?

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas akan dimulakan pada 6 September 2021.

Dalam sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan, apabila penggal baru Parlimen di buka, SPB YDP Agung akan membukanya dengan Titah Di Raja.

Titah Di Raja ini kemudiannya akan dibahas dan undi oleh Ahli Parlimen untuk diluluskan, sebelum mereka membahaskan usul-usul yang lain.

Pembukaan penuh Parlimen kali ini, amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia dan juga akan menjadi perhatian seluruh dunia.





Dalam Pengumuman Khas yang dilakukan oleh Mahiaddin selepas menghadap SPB YDP Agung pada 4 Ogos 2021 yang lalu, beliau telah berjanji kepada SPB YDP Agung untuk melakukan usul undi percaya terhadap beliau di Parlimen apabila Parlimen mula bersidang semula pada bulan September ini.

Persoalan yang timbul, mengapa Mahiaddin menunggu hingga penggal keempat dibuka, baru hendak melakukan usul undi percaya terhadap beliau?

Kenapa tidak dilakukan dalam Mesyuarat Khas Parlimen yang lalu atau memanggil satu Mesyuarat Khas Parlimen untuk melakukan usul undi percaya terhadap beliau?

Atau kenapa tidak dilakukan sebelum penggal keempat dibuka, bukankah jadual Mesyuarat Khas Parlimen yang lepas masih berbaki sehari lagi?

Apa perancangan Mahiaddin sebenarnya?





Seperti yang skuad Edisi Siasat nyatakan di permulaan tulisan ini, dalam sistem Raja Berpelembagaan, sebelum Parlimen bersidang untuk penggal yang baru, SPB YDP Agung akan menyempurnakan Titah Di Raja.

Sistem Raja Berpelembagaan bukan hanya diguna pakai di Malaysia, malah ianya juga turut diguna pakai oleh 43 negara di dunia.

Rujuk di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan

Model sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia adalah menurut acuan sistem Westminster di United Kingdom.





Rujuk di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimen_Malaysia

Selepas SPB YDP Agung menyempurnakan Titah Di Raja, baginda akan membuka persidangan dengan rasminya dan selepas itu, Titah Di Raja akan dibahaskan oleh  Ahli Parlimen blok kerajaan dan juga Ahli Parlimen blok pembangkan.

Selepas selesai perbahasan, maka akan dilakukan undian oleh Ahli Parlimen untuk meluluskan Titah Di Raja.

Belum pernah terjadi di mana-mana Parlimen yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan, usul Titah Di Raja tidak dapat diluluskan.





Inilah yang akan diambil kesempatan oleh Mahiaddin untuk tidak melakukan usul undi percaya terhadap beliau dengan menganggap bahawa apabila Ahli Parlimen meluluskan Titah Di Raja, maka ianya juga akan dianggap sebagai usul kepercayaan terhadap beliau, sebagaimana yang beliau lakukan dalam undi Rang Undang Undang Perbekalan 2021.

Kerana meluluskan apa juga usul dengan cara pengundian terhadap sebarang usul yang dikemukakan oleh kerajaan, adalah dianggap sebagai usul kepercayaan Ahli Parlimen terhadap kerajaan dan Perdana Menteri serta akan mengiktirah keabsahan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Adalah amat mustahil bagi Ahli Parlimen untuk mengundi tidak menyokong usul meluluskan Titah Di Raja, kerana ini akan dianggap menderhaka kerana menyanggah Titah Di Raja.

Ianya pasti akan meletakkan Ahli Parlimen dalam keadaan yang serba salah.

Apakah benar Mahiaddin akan melakukan gerakan yang sangat tidak beretika ini?





Jangan lupa, Mahiaddin adalah seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Secara terang-terangan, sewaktu menghadap SPB YDP Agung, Mahiaddin berani untuk menipu baginda mengenai sokongan majoriti ‘yang beliau dakwa masih dimiliki’.

Ahli Parlimen pun beliau tipu dalam isu pembatalan ordinan darurat.

Baca di sini:

https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/07/regim-mahiaddin-cipta-krisis.html

Nama sendiri pun beliau tipu!!!

Cara yang terbaik bagi semua Ahli Parlimen adalah memohon mengahadap SPB YDP Agung dan meminta baginda memanggil Mahiaddin untuk mengemukakan bukti yang sahih bahawa beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Sekiranya Mahiaddin gagal, maka SPB YDP Agung mempunyai kuasa mutlak untuk memprorog atau membubarkan Parlimen seperti yang tarcatat dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

https://www.parlimen.gov.my/yda-maklumat-umum.html?uweb=yg&&_print=true

Tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakan Pilihanraya Umum ke 15.

Selepas membubarkan Parlimen, SPB YDP Agung boleh melantik Perdana Menteri Interim supaya Kerajaan Interim (care taker government) dapat dibentuk

Selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal, maka SPB YDP Agung boleh membatalkan mandat pemerintahan kepada Perdana Menteri Interim dan Kerajaan Interim bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 15.

Namun, segala-galanya , MESTI dilakukan sebelum Penggal Keempat Parlimen Keempatbelas bersidang.

Melepasi dari tarikh itu, hanya akan menyaksikan Mahiaddin terus berkuasa sehingga ke akhir penggal pilihanraya, Mei 2023!!!

Namun dengan perkembangan terkini, sumber melapurkan, dalam perjumpaan mingguan antara SPB YDP Agung dengan Mahiaddin, Tuanku telah menitahkan kepada Mahiaddin supaya isu keabsahan diselesaikan sebelum Penggal Keempat Parlimen Keempatbelas dimulakan.

Dilapurkan juga, dalam pertemuan yang sama, SPB YDP Agung telah mengingatkan Mahiaddin mengenai Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/11/agong-ingatkan-pm-apa-kata-perlembagaan-mengenai-sokongan-ahli-parlimen/

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara43-Ma.Html

Sehubungan dengan itu, lewat petang semalam, Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional.

Apakah kali ini Muhyiddin akan akur dengan titah perintah SPB YDP Agung atau beliau masih lagi mahu berkeras dengan ego beliau dan pertahankan kedudukan beliau yang ibarat seperti telur yang sudah berada di hujung tanduk.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker