Beranikah Mahiaddin Lafazkan Sumpah WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI Sebagaimana DS Zahid Hamidi?

Speaker Dewan Rakyat telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Mahiaddin yang memaklumkan Mahiaddin bahawa beliau telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Namun, bila Rafi Awang Kechik mendedahkan dan mencabar Speaker Dewan Rakyat untuk menafikan bahawa beliau telah mengirimkan surat yang hampir sama isi kandungannya kepada SPB YDP Agung, sehingga ke saat artikel ini ditulis, tiada penafian yang dilakukan.

 
Baca di sini:
Dengan perletakan jawatan Menteri Pengajian Tinggi, merangkan Ketua Wanita UMNO, DS Noraini, dari kabinet Mahiaddin, maka secara sahihnya, sokongan Ahli Parlimen kepada Mahiaddin di dalam Dewan Rakyat hanyalah seramai 100 orang.
Ini bermakna, Mahiaddin sudah tidak layak untuk mengaku sebagai Perdana Menteri, kerana majoriti mudah yang diperlukan dengan bilangan terkini Ahli Parlimen ialah sekurang-kurangnya sebanyak 111 sokongan Ahli Parlimen dari jumlah 220 orang Ahli Parlimen.
Sebab itu dalam pertemuan mingguan antara SPB YDP Agung degan Mahiaddin pada hari Rabu, 11 Ogos 2021, baginda telah menitahkan supaya Mahiaddin menyelesaikan isu keabsahan jawatan beliau sebelum Penggal Keempat Parlimen Keempatbelas dibuka.
Sebaik sahaja kem Mahiaddin diberitahu mengenai titah terbaru dari SPB YDP Agung, keadaan panik dan kelam kabut melanda seluruh kem Mahiaddin.
Lalu Mahiaddin dengan segera mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti yang bernaung di bawah Perikatan Nasional.
Namun, walau pun dinafikan berkali-kali, hakikat yang mereka cuma mempunyai 100 Ahli Parlimen adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan mereka.
Mahiaddin memerlukan sokongan dari sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Untuk mendapatkan sokongan dari 15 Ahli Parlimen UMNO adalah tidak mungkin.
Pilihan yang ada pada Mahiaddin adalah cuba mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
DAP adalah antara parti yang disebut-sebut telah mengadakan rundingan, malah mungkin sudah menendatangani Confident & Supply Agreement (CSA) untuk menyokong Mahiaddin sekiranya undi tidak percaya atau undi percaya dilakukan di dalam Dewan Rakyat.
Malah beberapa Ahli Parlimen UMNO kluster menteri telah menyatakan secara terbuka mengenai hakikat ini.
Baca di sini:
Malah sumber memberitahu, selain dari DAP, orang-orang kepercayaan Mahiaddin dikatakan sudah berjumpa beberapa Ahli Parlimen dari PKR dan Warisan.
Sejauh mana kebenaran berita itu tidak dapat dipastikan, namun ada asasnya angin yang sedang bertiup kencang itu membawa berita yang benar.
Presiden UMNO dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah bahawa beliau akan menggunakan kekuatan parti UMNO untuk melepaskan diri dari menghadapi pertuduhan kes yang sedang beliau hadapi di mahkamah dengan membuat kerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan DAP.
Ironiknya, sekarang ini, siapa yang sebenarnya sedang mendakap DAP dan PKR dengan begitu mesra sekali?
Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, secara jelas telah menyatakan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa beliau berpegang teguh dengan ketetapan UMNO, NO PPBM, NO DAP dan NO ANWAR.
Apa yang menarik perhatian, ianya dilakukan di hadapan DS Ahmad Maslan dan beberapa Ahli Parlimen.
Begitulah ketegesan pendirian Presiden UMNO dalam mempertahankan ketetapan yang telah dibuat oleh parti.
Sebagai orang Islam, kita sangat menyedari, bersumpah dengan kalimah suci, Wallahi, Wabillahi dan Watallahi, bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Hanya apabila kita berada dalam keadaan yang tidak boleh mempertahankan diri dan kita berkeyakinan sepenuhnya bahawa kita berada di pihak yang benar, maka baharulah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi dibenarkan.
Begitulah bagi Presiden UMNO, matlamat tidak akan dapat menghalalkan cara.
Apa yang skuad Edisi Siasat simpulkan di sini ialah, ke manakah perginya laungan NO DAP dan NO PKR bagi Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Mahiaddin?
Bukankah selama ini, itu tuduhan yang mereka sendiri lemparkan kepada kepimpinan UMNO?
Beranikah kluster menteri UMNO bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi bahawa sepanjang pengetahuan mereka, tidak ada sebarang usaha melakukan kerjasama antara PPBM dan DAP, PKR dan Warisan?
Apakah kerana keseronokan mendakap kuasa, mereka lupa bahawa DAP lah yang telah menghancurkan negara, kini, ke mana perginya laungan demi agama, bangsa dan negara yang mereka jadikan slogan dalam karier politik mereka?
Kepada Ahli Parlimen PAS, apakah mereka juga akan mendakap erat DAP dan PKR, tetapi, dalam masa yang sama, di hadapan ahli PAS mereka mengkritik hebat DAP dan UMNO yang difitnah melakukan kerjasama?
Mungkin ahli PAS boleh mereka tipu, tapi tidakkah mereka takut sekiranya Allah SWT membentangkan seluas-luasnya penipuan yang mereka lakukan?
Kepada Mahiaddin Md Yasin, beranikah bersumpah, demi kesucian ugama Islam di bumi Malaysia, demi mempertahankan kedaulatan institusi Raja Raja Melayu, demi memperjuangkan bangsa Melayu, beliau tidak akan sekali-kali membuat apa-apa kerjasama dengan DAP yang telah merobek kesucian ugama Islam di bumi Malaysia, memperlekehkan kedaulatan institusi Raja Raja Melayu dan mempertikaikan perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri dengan menggunakan kalimah suci WALLAHI, WABILLAH, WATALLAHI.
Beranikah Mahiaddin???

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker