Teori ‘Unity Goverment’ Mahiaddin Bukan Sahaja Tidak Beretika Malah Tidak Berpelembagaan Dan Akan Menghancurkan Negara

Apabila Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, menyatakan dalam surat balasan Istana Negara bahawa sokongan terkini Ahli Parlimen kepada Mahiaddin sebagai Perdana Menteri hanyalah seramai 100 orang, maka dari sudut perlembagaan, dengan rasmi telah mengesahkan bahawa Mahiaddin bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang saharusnya Mahiaddin lakukan ialah memohon menghadap SPB YDP Agung dan memaklumkan kepada baginda tuanku bahawa beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.





Dengan itu, Mahiaddin mempunyai pilihan, sama ada untuk meletak jawatan atau memohon perkenan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan kepada pilihanraya umum.

Ini jelas tertulis dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara43-Ma.Html

Tetapi, walau pun sudah mengakui telah kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam Perutusan Khas yang beliau sendiri lakukan, Mahiaddin tetap berdegil untuk tidak mahu meletakkan jawatan.





Malah, beliau telah kemukakan pula hasrat untuk menubuhkan kerajaan campuran atau ‘unity government’ di kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang.

Persoalan sama ada Mahiaddin mempunyai peruntukan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan ‘unity government’ setelah secara rasminya kehilangan majoriti, telah skuad Edisi Siasat jelaskan dalam keluaran sebelum ini.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/13/apakah-mahiaddin-ada-kuasa-untuk-mewujudkan-unity-government-bagi-menyelamatkan-kedudukan-beliau/

Yang ingin skuad Edisi Siasat huraikan di sini ialah:





  1. Apakah SPB YDP Agung masih tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan dalam menjalankan peranan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agung?
  2. Apakah ‘unity government’ acuan Mahiaddin akan menyelamatkan negara atau akan menghancurkan negara?
  3. Mengapa baru sekarang Mahiaddin mahu menubuhkan ‘unity government?

Apakah SPB YDP Agung Masih Tertakluk Kepada Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan?

Apa yang tertulis dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan?

Perkara 40(1) dan 40(1a) menjelaskan:

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.





(1a) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara40-Ma.Html

Sekiranya Mahiaddin masih lagi seorang Perdana Menteri yang sah dari sudut perlembagaan, maka SPB YDP Agung adalah tertakluk kepada Perkara 40 di atas, tetapi, apabila Speaker Dewan Rakyat, sebagai Ketua Legislatif telah mengesahkan secara rasmi kepada SPB YDP Agung bahawa Mahiaddin telah kehilangan majoriti, maka SPB YDP Agung tidak lagi tertakluk kepada Perkara 40(1) dan 40(1a) dalam menjalankan fungsi baginda sebagai YDP Agung.

Dan dalam Perkara 40(3) menjelaskan:





(3) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya selain:

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.

Apabila hilang kelayakan seorang Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, maka baginda boleh bertindak mengikut budibicara baginda selepas berunding atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan selain Jemaah Menteri.

Maka, sekiranya Mahiaddin masih lagi berkeras mahu mempersembahkan kepada baginda senarai kabinet ‘unity government’, baginda boleh untuk tidak memperkenankannya dengan alasan Mahiaddin sudah hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri.

Apakah ‘Unity Government’ Acuan Mahiaddin Akan Menyelamatkan Negara Atau Akan Menghancurkan Negara?

Alasan Mahiaddin untuk menubuhkan ‘unity government’ adalah kononnya untuk kestabilan politik, maka dengan itu kerajaan akan dapat memberikan tumpuan kepada masalah pandemik Covid-19 dan ekonomi negara.

Tiada negara dalam dunia boleh berjaya menyelesaikan apa juga masalah apabila rasuah, apa lagi rasuah politik telah ditawarkan secara terang-terangan.

Skuad Edisi Siasat ada mendedahkan aktiviti rasuah politik yang sedang aktif dilakukan oleh pihak yang mahu mempertahankan kedudukan Mahiaddin.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/09/rasuah-politik-sedang-di-lakukan-secara-terang-terangan-di-mana-sprm/

Memburukkan keadaan, dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, Mahiaddin secara terus terang menawarkan jawatan Menteri Kanan kepada Ketua Pembangkang sekiranya menyokong beliau.

Di lapurkan, sebahagian kecil dari Ahli Parlimen pembangkang setuju untuk memberikan sokongan kepada Mahiaddin, manakala sebahagian lagi tidak bersetuju dan mahu krisis kuasa yang sedang melanda ini diselesaikan mengikut perlembagaan.

Walau pun mungkin nanti Mahiaddin berjaya memperolehi majoriti mudah yang mencukupi, ini akan lebih memburukkan krisis politik negara kerana sudah pasti akan menimbulkan lagi perpecahan.

Di samping itu, di saat negara sedang bergelut dengan krisis ekonomi, apakah Mahiaddin akan merobek lagi kantung negara dengan menambah bilangan ahli kabinet beliau?

Kalau beliau hendak mengurangkan bilangan ahli kabinet, sudah pastilah menteri kabinet yang ada sekarang akan digugurkan, dan apakah mereka boleh menerimanya, kerana bukankah itu yang mereka pertahankan selama ini?

Keadaan tidak akan berubah, perbalahan demi perbalahan akan menjadi semakin parah dan masalah utama yang dikatakan mahu diselesaikan akan dibiarkan begitu sahaja, yang menjadi mangsa, sudah pastilah rakyat!!!

Mengapa Baru Sekarang Mahiaddin Mahu Menubuhkan ‘Unity Government?

Sudah terang lagi bersuluh, cadangan ‘unity government’ hanyalah untuk menyelamatkan kedudukan beliau dalam undi percaya di Parlimen.

Namun apa jaminan yang Mahiaddin akan kotakan janji beliau sekiranya menang undi percaya nanti?

Sedangkan SPB YDP Agung pun berani Mahiaddin tipu, inikan pula bila beliau telah disahkan keabsahan sebagai Perdana Menteri.

Mahiaddin juga dilihat cuba mengelakkan dari dipanggil menghadap oleh SPB YDP Agung untuk membuktikan sokongan Ahli Parlimen kepada beliau.

Dengan pengesahan rasmi dari Speaker Dewan Rakyat bahawa Mahiaddin sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen, pilihan adalah di tangan SPB YDP Agung sama ada ianya dibuat di dalam atau di luar Dewan Rakyat.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/587055

Dunia sedang menyaksikan bagaimana seorang Perdana Menteri di Malaysia yang sudah hilang kelayakan tetapi terus berdegil dan cuba menggunakan apa juga cara untuk terus berkuasa.

Alangkah malangnya nasib negaraku, Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker