Terbukti Dakwaan DS Najib Mengupah NGO Merayu Pengampunan Agong Untuk Beliau Adalah Fitnah

Tular di media sosial, malah portal pro kluster katak dari PKR yang melompat ke PPBM melapurkan kononnya, Pengerusi Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran, telah dibayar oleh mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, supaya merayu kepada SPB YDP Agung memberikan pengampunan ke atas kes mahkamah yang dihadapi oleh DS Najib sekarang ini.

Banyak pihak meragui tujuan sebenar NGO memohon keampunan bagi pihak DS Najib, kerana beliau masih lagi dalam proses perundangan di mahkamah, dan tidak ada keperluan untuk memohon keampunan dari SPB YDP Agung.

Malah DS Najib sendiri telah menafikan beliau mempunyai kaitan dengan isu tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk berbuat begitu.

Walau pun berterimakasih di atas perhatian yang diberikan oleh pihak NGO tersebut, namun bagi DS Najib, tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana beliau masih lagi yakin dengan sistem perundangan Malaysia dan mahu nama beliau dibersihkan di mahkamah mengikut lunas perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.





Baca di sini:

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158060791400952/

Namun, pihak Malaysia Now yang dimiliki oleh kluster katak PKR yang melompat ke PPBM telah menyiarkan berita ini dengan seluas-luasnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Baca di sini:

https://www.malaysianow.com/berita/2021/08/13/ngo-rayu-agong-ampunkan-najib-lantik-jadi-pm-interim/





https://www.malaysianow.com/news/2021/08/13/pardon-najib-and-put-him-back-in-power-ngo-tells-agong/

https://www.malaysianow.com/opinion/2021/08/13/najib-for-pm-again-really/

https://www.malaysianow.com/tag/interim-prime-minister/

Namun, kini segala-galanya terdedah, apabila Syed Muhammad Imran mengambil tanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan kerana tidak mahu apa yang beliau lakukan itu disalahertikan.





Dengarkan sendiri penjelasan dari beliau:

Ternyata secara jelas DS Najib tidak terlibat, malah langsung tidak mengetahui mengenai surat pengampunan yang Syed Imran hantar kepada SPB YDP Agung.

Tujuan Syed Imran menghantar surat tersebut kepada SPB YDP Agung adalah sebagai mewakili NGO beliau dan boleh juga dikatakan sebagai mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia supaya SPB YDP Agung melantik DS Najib sebagai Perdana Menteri Interim untuk menyelamatkan rakyat dan negara yang telah teruk terkesan akibat dari kegagalan Perikatan Nasional menguruskan pandemik Covid-19 dan ekonomi negara dengan baik.





Untuk mengukuhkan lagi apa yang beliau katakan, Syed Imran, telah dengan ikhlas dan berani melafazkan sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Bagi skuad Edisi Siasat, bukan warkah pengampunan yang menjadi isu utama, kerana ianya sudah terjawab dengan jelas, tetapi yang menjadi kepentingan utama lagi mendesak ialah berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang sebagai Perdana Menteri, DS Najib MESTI dilantik semula sebagai Perdana Menteri untuk menyelamatkan rakyat dan negara tercinta ini dari kehancuran yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker