Ismail Sabri Mahu Mendahului Istana Negara?

Skuad Edisi Siasat terkejut bila media FMT melapurkan Ismail Sabri dan Hamzah Zainuddin membuat pertemuan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, untuk membincangkan tentang kabinet bayangan akan akan mengambil alih kerajaan selepas Mahiaddin Md Yasin disahkan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijangka esok, 16 Ogos 2021.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/15/ismail-hamzah-meet-to-discuss-new-govt/

Lebih menarik lagi apabila berita yang diterbitkan oleh FMT itu, disambut pula portal Malaysia Dateline yang melapurkan kononnya UMNO akan mencadangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.





Baca di sini:

https://malaysiadateline.com/umno-akan-cadang-ismail-sabri-pm-hamzah-zainudin-tpm/

Namun, kami di Edisi Siasat meragui kasahihan berita yang dilapurkan oleh Malaysia Dateline kerana menurut maklumat yang kami terima dari sumber dalaman UMNO mengatakan mana mungkin cadangan itu datangnya dari kepimpinan tertinggi UMNO kerana setakat yang beliau maklum, tiada sebarang panggilan mesyuarat tergempar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO setakat ini.

Tidak mungkin Presiden UMNO akan bertindak sendirian dalam isu sebesar ini dan lagi tidak munasabah kalau UMNO mencadangkan Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana bukankah itu kuasa prerogatif Perdana Menteri dan UMNO tidak akan sekali-kali bertindak bertentangan dengan perlembagaan.

Bagi skuad Edisi Siasat, apa yang telah dilakukan oleh Ismail Sabri jelas menunjukkan sikap beliau yang gila kuasa dan lebih parah dari itu ianya memberi gambaran bahawa Ismail Sabri sanggup lakukan apa sahaja demi untuk terus berkuasa, walau pun dengan mendahului keputusan Istana Negara.





Kita sedia maklum, Mahiaddin belum lagi menyerahkan surat perletakan jawatan dan walau pun kita menjangkakan Mahiaddin akan menghadap SPB YDP Agung besok (16 Ogos 2021), namun Mahiaddin masih lagi mempunyai pilihan sama ada untuk menyerahkan surat perletakan jawatan atau menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen.

Tindakan Ismail Sabri itu seolah-olah memberitahu Mahiaddin bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa pilihan dan mesti bertindak mengikut kehendak beliau, iaitu meletak jawatan dan bukannya menasihati SPB YDP Agung untuk bubarkan Parlimen.

Ianya juga dilihat seolah-olah Ismail Sabri cuba memberi arahan kepada SPB YDP Agung supaya melantik diri beliau sebagai pengganti Mahiaddin, sedangkan di dalam perlembagaan, SPB YDP Agung mempunyai beberapa pilihan untuk baginda melantik seorang Perdana Menteri.

Bagaimana sekiranya SPB YDP Agung membuat keputusan untuk memprorog Parlimen, kerana setakat ini, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti?

Apakah Ismail Sabri akan melakukan tindakan untuk mendesak SPB YDP Agung supaya melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim?





Edisi Siasat berpendapat, agak sukar untuk SPB YDP Agung melantik mana-mana menteri dari Perikatan Nasional sebagai Perdana Menteri kerana selama 18 bulan sudah terbukti mereka gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Ismail Sabri juga lupa bahawa keberadaan beliau di kerusi menteri kanan dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan Presiden UMNO yang telah mencadangkan nama beliau kepada Mahiaddin sewaktu di peringkat awal pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional.

Apakah Ismail Sabri sudah mendapatkan restu dari Presiden UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi sebelum mahu memasang angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri?

Apakah kerana keghairahan untuk menjadi Perdana Menteri, maka Ismail Sabri sanggup membelakangkan Presiden dan parti?

Lebih dikesalkan, apakah kerana keinginan menjadi Perdana Menteri maka Ismail Sabri tega mendahului Istana Negara.





Cukup jelas, Ismail Sabri bukanlah pemimpin yang boleh kita letakkan harapan untuk memimpin rakyat dan negara ini kerana yang ada dalam fikirannya hanyalah kepentingan peribadi!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker