Ismail Sabri Sah DiLantik PM Ke 9, Tapi Kabinet Perikatan Nasional Akan DiKekalkan Dalam Kabinet Ismail Sabri?

Tahniah DS Ismail Sabri kerana sudah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen dan ini bermakna mengesahkan beliau sebagai Perdana Menteri ke 9.

Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/587745

Tukar nakhoda tapi kelasi kapalnya masih tetap sama.





Apakah itu yang akan berlaku selepas DS Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan, memaklumkan media bahawa Presiden PPBM bakal mengumumkan berita gembira dalam waktu yang terdekat.

Apabila ditanya, Wan Saiful tidak menafikan bahawa berita gembira yang beliau maksudkan itu adalah berkaitan dengan pengekalan kabinet Mahiaddin di dalam kabinet yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri sekiranya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN”.

Baca di sini:





https://www.malaysiakini.com/news/587623

Apakah ini bermaksud Ismail Sabri akan dikawal sepenuhnya oleh Mahiaddin seperti yang dilapurkan oleh portal FMT bahawa Mahiaddin akan dilantik sebagai Menteri Mentor di dalam pentadbiran Ismail Sabri?

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/18/muhyiddin-to-be-made-minister-mentor-to-ismail-sabri/

Manakala sebuah laman blog pula melapurkan, persetujuan sokongan Ahli Parlimen PPBM kepada Ismail Sabri disertakan dengan surat perjanjian.





Baca di sini:

https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/08/sokongan-bersyarat-ppbm-kepada-ismail.html?m=1

Dipercayai ada beberapa syarat yang MESTI dipenuhi oleh Ismail Sabri dan syarat utamanya ialah mengekalkan barisan kabinet Perikatan Nasional dan Ismail Sabri hanya dibenarkan membuat beberapa rombakan kecil.

Baca di sini:

Tidakkah Ismail sedar, barisan kabinet yang ada di dalam Perikatan Nasional adalah manusia-manusia sama yang ada dalam kabinet Pakatan Harapan di era Dr Mahathir, dan inilah manusia-manusia yang telah gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka, malah kegagalan mereka telah memusnahkan kehidupan rakyat dan negara.





Apakah semata-mata hanya kerana mahu memenuhi nafsu serakah politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri sanggup mengorbankan nasib dan kehidupan 36 juta rakyat Malaysia?

Sangat malang bagi UMNO kerana mempunyai manusia seperti Ismail Sabri yang sanggup menggadaikan prinsip dan perjuangan parti keramat orang Melayu semata-mata hanya kerana untuk memenuhi kepentingan politik peribadi!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker