Istana Negara Sahkan DS Ismail Sabri Perdana Menteri Ke 9

Siaran media yang baharu dikeluarkan oleh Istana Negara telah mengesahkan kedudukan YAB DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9.

YAB DS Ismail Sabri dijangka akan menghadiri Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada hari Sabtu, 21 Ogos 2021(esok), jam 2.30 petang di Istana Negara.





Dengan siaran media yang dikeluarkan oleh Istana Negara itu, maka terjawablah teka teki mengenai Perdana Menteri ke 9 dan kemelut politik selama ini.

Skuad Edisi Siasat berharap, dengan perlantikan ini, ahli-ahli politik akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada masalah utama negara iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi.

Semuga Allah SWT memberikan kekuatan dan hidayah kepada Ismail Sabri dan bakal kabinet yang akan beliau bentuk.

Tahniah kepada YAB DS Ismail Sabri, hentikanlah bermain politik dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada masalah rakyat dan negara.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker