“Dah Beli Tiket Nak Balik, Tapi Dah Koyakkan”; Sekali Pak Azad Bagi Sindiran Pedas Pada Caprice

Penyanyi rap, Caprice, masih lagi cuba mempertahankan dirinya dan cuba membuktikan bahawa beliau tidak bersalah, tetapi dalam masa yang sama mempertikaikan tindakan PDRM yang meminta bantuan Interpol untuk menjejaki beliau.

Beliau mendakwa, sebagai seorang ‘influencer’ dan artis, semua orang tahu nombor talipon beliau dan beliau merasa hairan bagaimana PDRM boleh mengeluarkan kenyataan tidak dapat menghubungi beliau.

Caprice juga mendakwa, selepas disemak akaun WhatsApp beliau, tidak ada apa-apa mesej yang beliau terima dari pihak PDRM sebagaimana yang didakwa oleh PDRM sebelum ini.

Untuk makluman, skuad Edisi Siasat ada menyiarkan artikel pihak PDRM terpaksa meminta bantuan dari Interpol setelah gagal menghubungi Caprice.





Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/20/pdrm-terpaksa-minta-bantuan-interpol-untuk-jejaki-caprice-dan-nadir/

Caprice juga mendakwa pihak Kedutaan Malaysia tidak pernah memberitahu beliau bahawa PDRM sedang cuba menghubungi beliau untuk diambil keterangan secara maya, sedangkan beliau kerap bersama dengan pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia.

Namun, apa yang agak melucukan, ketika Caprice sedang bersungguh-sungguh untuk membuktikan ‘kebenaran dan keberanian’ beliau dalam ‘live’, seorang pelakun yang dikenali sebagai Pak Azad masuk dan memberikan sindiran pedas kepada Caprice.





Dalam perbualan melalui ‘live’ dengan Pak Azad, Caprice mendakwa, beliau sudah pun membeli tiket kapalterbang untuk balik ke Malaysia, namun apabila mendapat tahu pihak Interpol sedang mencari beliau, terus beliau batalkan niat untuk balik dan mengoyakkan tiket kapalterbang itu.

Strategi yang digunakan Pak Azad dalam perbualan melalui ‘live’ Caprice ialah lambung dan rejam…😂

Kalau yakin memang tak bersalah, balik Malaysia, antara mesej yang disampaikan oleh Pak Azad kepada Caprice membuatkan beliau menamatkan perbualan panggilan video dengan Pak Azad.

Tonton video di atas minit 21 hingga habis.

Nasihat skuad Edisi Siasat kepada Caprice, mendakwa itu dan ini di media sosial dengan tujuan untuk membuktikan ‘kebenaran dan keberanian’, tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.





Cara yang terbaik untuk Caprice menamatkan segala kekusutan ini ialah dengan balik ke Malaysia dan berikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak PDRM untuk menyelesaikan siasatan.

Selagi Caprice tidak tampil untuk menyelesaikan siasatan pihak PDRM, Caprice akan terus menjadi buruan.

Pada pendapat skuad Edisi Siasat, apa yang sedang dilakukan Caprice adalah seolah-olah cuba melarikan diri dari masalah dan ini akan memburukkan keadaan.

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker