Kenyataan Bercanggah PPBM Mengenai Jawatan Menteri Dalam Kabinet Baru, Apakah Mahiaddin Sudah Kehilangan Pengaruh Dalam PPBM?

Ibarat pokok yang sudah tumbang, kura-kura pun mahu memanjatnya.

Begitulah keadaan Mahiaddin Md Yasin, mantan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden PPBM.

Ketika di kemuncak kuasa, apa saja yang dikatakan Mahiaddin adalah perintah yang ‘WAJIB’ ditaati oleh semua, tapi apabila sudah tersingkir dari jawatan Perdana Menteri, arahan beliau dilihat seolah-olah tidak mendapat perhatian dari kepimpinan PPBM.

Portal The Malaysia Insight melapurkan, dalam satu mesyuarat MPT PPBM, Mahiaddin mahu PPBM menolak semua tawaran untuk menyertai kabinet yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri ke 9, DS Ismail Sabri.





Baca di sini:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/334599

Strategi Muhyiddin ialah supaya PPBM dilihat sebagai parti yang sanggup mengenepikan kuasa semata-mata kerana enggan berkerjasama dengan kumpulan yang mereka gelar sebagai ‘kluster mahkamah’.

Pada pendapat Muhyiddin, dengan ini rakyat akan kembali menyokong PPBM kerana melihat PPBM sebagai sebuah parti yang berprinsip dan tegas menentang amalan kleptokrasi.

Namun tidak berapa lama selepas itu, Malaysiakini melapurkan, Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan, dengan pantas menyangkal dakwaan PPBM tidak akan menyertai kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri.





Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/588069

Seperti biasa, Wan Saiful menyifatkan dakwaan itu tidak berasas dan bertujuan mahu memecahbelahkan PPBM.

Malah menurut Ahli MPT PPBM, Muhammad Faiz, dalam mesyuarat MPT PPBM yang terakhir Mahiaddin tidak hadir.

“Perkara seumpama itu tidak pernah dibincangkan,” tambah Wan Saiful.





Untuk rekod, sebelum ini, Mahiaddin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sokongan PPBM kepada Ismail Sabri adalah sokongan bersyarat.

Di mana antara syaratnya ialah di dalam kabinet Ismail Sabri tidak boleh ada pemimpin yang mereka gelar ‘kluster mahkamah’.

Bagi skuad Edisi Siasat, sekiranya benar berlaku sanggahan arahan Mahiaddin oleh pemimpin PPBM, apakah ini tanda bahawa Mahiaddin pengaruh Mahiaddin dalam PPBM sudah tiada dan beliau bakal disingkirkan dari jawatan Presiden PPBM dalam pemilihan parti yang akan datang.

Kalau menurut kenyataan Wan Saiful, mesyuarat MPT PPBM dijalankan tanpa kehadiran Mahiaddin, ianya seolah-olah memberi petanda yang cukup jelas bahawa kepimpinan Mahiaddin sudah mula ditolak oleh pemimpin PPBM.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, sama ada benar Mahiaddin keluarkan arahan supaya menolak sebarang tawaran jawatan dalam kabinet Ismail Sabri tetapi disanggah oleh kepimpinan PPBM atau MPT PPBM menjalankan mesyuarat tanpa kehadiran Mahiaddin, adalah petanda yang pengaruh Mahiaddin di dalam PPBM mulai pudar selepas kehilangan jawatan Perdana Menteri.





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker