PPBM Cadangkan Azmin Ali Sebagai TPM, Betul-Betul Cannot Brain…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh parti PPBM memaklumkan, satu ketetapan telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Pengurusan Tertinggi yang dipengerusikan oleh Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yasin, parti PPBM hanya menamakan satu calon tunggal iaitu Azmin Ali, untuk mengisi jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagi skuad Edisi Siasat, pencalonan Azmin Ali dari PPBM adalah merupakan satu strategi licik PPBM untuk menumbangkan kerajaan yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri ke 9, DS Ismail Sabri.

Kami juga melihat ianya sebagai satu usaha untuk membalas dendam kepada UMNO yang selama ini dituduh sebagai perancang kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin dan PPBM.

Sudah terang lagi bersuluh, Azmin Ali bukanlah calon yang berkelayakan untuk dipertimbangkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, malah nama Azmin Ali tidak sepatutnya berada dalam kabinet Ismail Sabri.





Dari sudut hierarki parti, Azmin Ali hanyalah Ketua Penerangan PPBM dan sekiranya Ismail Sabri mendapati ada keperluan untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, ramai lagi yang lebih senior dari Azmin Ali dalam PPBM.

Dari sudut rekod prestasi Azmin sewaktu berada di dalam Kerajaan Perikatan Nasional, ianya amat mendukacitakan.

Lebih 170000 warganet yang menandatangani petisyen supaya Azmin Ali meletak jawatan sebagai Menteri Kanan dan Menteri MITI, sudah jelas menunjukkan, bagaimana tekanan yang akan dihadapi oleh Ismail Sabri sekiranya beliau melantik Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/05/petisyen-desak-azmin-letak-jawatan-raih-lebih-170000-tandatangan/





Azmin Ali juga dikenali sebagai seorang yang cukup angkuh di kalangan rakan sekerja, malah, Ismail Sabri sendiri pernah meluahkannya di dalam media sosial dalam isu ‘pintu hadapan dan pintu belakang’.

Baca di sini:

https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/al-kesah-tutup-pintu-depan-dan-nasi.html

Dari sudut lain pula, sekiranya Ismail Sabri melantik Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah tentu Ismail Sabri akan mendapat tentangan hebat dari kepimpinan dan akar umbi UMNO sendiri.





Sudah pasti UMNO tidak mahu dilihat sebagai parti politik yang sanggup meletakkan seorang yang sudah ditolak oleh rakyat bukan sahaja atas sebab kegagalan beliau yang menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menderita, malah mempunyai keperibadian yang buruk, semata-mata kerana mahu mengekalkan jawatan Perdana Menteri kekal dalam genggaman pemimpin UMNO.

Ismail Sabri tidak boleh tunduk kepada tekanan PPBM dan seterusnya terperangkap dalam jerat yang dipasang PPBM kerana ianya bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada Ismail Sabri, malah ianya juga akan memberikan imej yang buruk kepada UMNO.

Ini pastinya akan memberikan masalah yang cukup besar kepada UMNO di dalam Pilihanraya ke 15 nanti.

Sekiranya ini berlaku, sudah tentu PPBM akan mendapat laluan yang cukup mudah untuk memikat hati pengundi di PRU 15.

Namun, segalanya terpulang kepada Ismail Sabri untuk membuat pertimbangan, kerana kuasa melantik Timbalan Perdana Manteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.





Pertimbangan yang harus dipertimbangkan ialah sama ada kehilangan jawatan yang sememangnya sementara atau parti akan kehilangan sokongan dalam PRU 15 nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker