Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan

Anak perempuan Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi, hari ini memuat naik sebuah video klip saat-saat ayah beliau ditolak masuk ke dalam Dewan Bedah di salah sebuah Hospital Swasta di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nurul Hidayah, video itu dirakam tanpa pengetahuan ayah beliau.

Tujuan beliau merakam video tersebut adalah sebagai menjawab tuduhan musuh politik DS Zahid yang menganggap DS Zahid sengaja melakukan helah dimasukkan ke hospital untuk mengelak dari menghadapi perbicaraan kes yang sedang beliau hadapi di mahkamah.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/697013873/posts/10159601724593874/





Tidak kiralah apa juga tohmahan atau tuduhan yang dilemparkan tapi bagi skuad Edisi Siasat, kalau dah ditolak ke dalam Dewan Bedah, sudah pastilah ianya bukan satu lakunan dan pasti ianya sangat berbeza dengan situasi mantan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin, yang tiba-tiba dimasukkan ke hospital kerana cirit birit dan hanya memuat naik sekeping gambar beliau berada di atas katil sambil menikmati makanan yang enak untuk pesakit cirit birit…🤐🤐🤐

Kami di skuad Edisi Siasat berdoa supaya DS Zahid diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan beliau, amin…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker