FARAH NABILAH BERTUDUNG PENUH – PEMINAT DOAKAN SEMOGA ISTIQAMAH

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Farah Nabilah dilihat telah mengenakan tudung sepenuhnya dalam sebuah video yang dimuat naik. Melihat pada video tersebut, Farah memakai tudung berwarna hitam dari warna sedondon sedang mempromosikan produk bayi kegunaan anak lelakinya, Andre Omar.

Farah sebelum ini kerap dilihat mengenakan selendang dan berpakaian sopan. Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan terkini Farah yang sudah bertudung penuh. Ramai juga yang turut mendoakan agar Farah terus istiqamah dalam mengenakan tudung sepenuhnya.

“Alhamdulillah, manis berhijab penuh” – “Cantiknya bertudung. Semoga terus istiqamah” – “Makin lama makin cantik heroin malaya ni. Semoga istiqamah, amin” – “Cantiknya ciptaan Allah. Manis leting senyuman” – “Cantik sangat Fawa. Keep it up” – “Alhamdulillah, this is what I love to see. MasyaAllah, cantiknya,” demikianlah komen-komen wargamaya.





Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 350,000 tontonan daripada pengikutnya. Untuk makluman, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019 di Hotel Royale Chulan Damansara. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Andre Omar pada 22 Oktober 2020.

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker