Langkah Sumbang Ismail Sabri

Menjadi kelaziman, seorang Perdana Menteri yang baru dilantik akan membuat ucapan pertama yang akan dipancarkan ke seluruh negara.

Kebiasaanya, dalam ucapan pertama yang dilakukan, Perdana Menteri tersebut akan memperkenalkan dasar-dasar yang akan beliau laksanakan, strategi yang akan digunakan  serta perancangan mengenai halatuju negara di bawah pentadbiran yang baharu.

Skuad Edisi Siasat memahami, dalam keadaan negara berada di dalam krisis, maka fokus ucapan sulong Ismail Sabri sudah pasti akan lebih tertumpu kepada perancangan untuk membawa keluar rakyat dan negara dari masalah yang sedang dialami.

Ismail Sabri cuba memberikan gambaran bahawa dasar pentadbiran beliau akan mengamalkan konsep Keluarga Malaysia.





Bagi skuad Edisi Siasat, gambaran yang diberikan oleh Ismail Sabri itu memang sangat menarik.

Sebagai masyarakat majmuk yang terdiri dari berbilang kaum, penyatuan dan keharmornian masyarakat majmuk akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.

Namun, apabila Ismail Sabri memberikan perincian mengenai konsep Keluarga Malaysia yang akan di bawa dalam pentabiran beliau, kami di skuad Edisi Siasat merasa sangat kecewa.

Tidak ada penerangan mengenai konsep Keluarga Malaysia yang beliau maksudkan.

Yang kami faham, konsep Keluarga Malaysia yang diterangkan adalah Ismail Sabri membuka ruang kepada ahli politik pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.





Apakah dalam keadaan negara sedang mengalami krisis, Ismail Sabri masih lagi mahu bermain politik dan masih lagi mementingkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri?

Kita semua sedia maklum, barisan ahli politik pembangkang adalah orang yang sama membarisi Kerajaan Pakatan Harapan yang telah gagal.

Merekalah yang telah membuka seluas-luasnya pintu masuk kepada Covid-19 kepada warga China ketika negara lain di dunia menutupnya.

Apakah kepada orang yang sebegini Ismail Sabri mahu menyerahkan nasib rakyat Malaysia?

Bukankah menggunakan khidmat orang yang telah terbukti gagal hanya akan mengulangi semula kegagalan?





Sepatutnya keanggotaan Majlis Pemulihan Negara mesti dibarisi oleh pakar perubatan, pakar kawalan penyakit berjangkit, pakar diplomatik antarabangsa serta pakar ekonomi yang telah terbukti berjaya.

Mengapakah khidmat mereka tidak digunakan?

Atau Ismail Sabri ada kepentingan politik peribadi yang hendak dilindungi.

Janganlah perjudikan masa depan rakyat dan negara semata-mata untuk melindungi kepentingan politik peribadi.

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker