Pengarah JSJ Bukit Aman Sahkan Keterangan Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Ebit Lew Sudah Di Ambil

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan pihak PDRM sudah selesai merakam keterangan mangsa dakwaan gangguan seksual Ustaz Ebit Lew.

Walau bagaimanapun, Abd Jalil memberitahu, pihak polis masih lagi melakukan siasatan lanjut dan sedang menunggu untuk mengambil keterangan beberapa orang saksi lagi.

Hari Khamis lepas, 19 Ogos 2021, pihak polis mengesahkan telah merakam keterangan dari Ustaz Ebit Lew di Bukit Aman, berkaitan dakwaan gangguan seksual.

Untuk makluman, pihak polis juga telah memeriksa kediaman Ustaz Ebit Lew untuk tujuan membantu siasatan dan menurut Abd Jalil, ianya adalah proses biasa di dalam siasatan polis.





Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Siasatan lanjut akan terus dijalankan dan selepas itu, ianya akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Skuad Edisi Siasat berharap supaya orang ramai tidak membuat spekulasi dan mendahului siasatan pihak polis.

Berikan ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan mereka dan berikan peluang kepada Ustaz Ebit Lew untuk membersihkan nama beliau mengikut proses undang-undang sekiranya beliau tidak bersalah.

Janganlah kita terus mengecam dan menjatuhkan hukuman bersalah sebelum proses siasatan dan undang-undang terlaksana sepenuhnya.






Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/24/bekas-pengarah-pusat-penyelidikan-didakwa-buat-tuntutan-palsu/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker