‘Rekod tak bermakna jika tak menang piala’ – Pogba

London: Paul Pogba mendakwa rekod tidak memberikan sebarang makna jika Manchester United tidak memenangi trofi.United menyamai rekod Arsenal mengharungi 27 perlawanan di tempat lawan tanpa tewas selepas seri 1-1 dengan Southampton, Ahad lalu.

Pencapaian itu kurang memberi makna kepada pemenang Piala Dunia, Pogba yang menganggap mereka tercicir dua mata hasil keputusan berkenaan.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu berkata: “Ia bagus, tetapi saya mahu memenangi liga dan bukannya rekod.

“Ia masih lagi positif tetapi lain kali apa yang kami mahukan adalah rekod memenangi perlawanan di tempat lawan. Itu paling terbaik.”





Pogba menjadi watak penting kepada gol penyamaan Mason Greenwood di tempat lawan sekali gus bantuan gol kelimanya selepas dua perlawanan.

“Saya rasa kami berhak memperoleh keputusan lebih baik tetapi anda perlu berusaha lebih lagi di atas padang.

“Selepas gol itu, prestasi kami menurun sedikit dan gagal mengawal permainan. Kami gembira tidak tewas tetapi pada akhir musim dua mata yang tercicir ini sangat penting,” katanya.

United akan berkunjung ke Wolves, Ahad ini untuk aksi Liga Perdana dan Pogba berharap mereka mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu.

“Perlawanan seterusnya di tempat lawan setiap mata amat penting dan kami tidak mahu mencicirkan mata lagi,” katanya.





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker