Temasya Paralimpik Tokyo buka tirai

 Temasya Paralimpik Tokyo buka tirai
Obor dinyalakan bagi menandakan permulaan temasya Paralimpik Tokyo. FOTO AFP
Tokyo: Temasya Sukan Paralimpik Tokyo membuka tirai dengan majlis perasmian di Stadium Nasional tetap berlangsung meriah malam ini ketika kes Covid-19 masih meningkat di Jepun.Semua yang terbabit sedar bertapa cabaran yang bakal dilalui dalam misi melaksanakan temasya berjalan lancar seperti Olimpik Tokyo 2020 yang lalu.Penangguhan hampir setahun kerana pandemik Covid-19 dan dengan penonton tidak dibenarkan hadir melainkan dari kumpulan kecil kanak-kanak sekolah.

Ini adalah temasya sukan yang berbeza daripada edisi sebelumnya.

Tetapi bukan hanya penganjur perlu memastikan segala langkah sepatutnya diambil, mereka juga mahukan temasya itu memainkan peranan penting dalam menjadikan komuniti Jepun lebih inklusif.

Tokyo menjadi bandar pertama menganjurkan Sukan Paralimpik, selepas menjadi tuan rumah pada edisi 1964 apabila 375 atlet dari 21 negara mengambil bahagian dalam sembilan sukan.

Kali ini, sekitar 4,400 atlet dari 162 negara ahli majlis paralimpik akan bertanding merebut 539 pingat membabitkan 22 sukan.






Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/24/pengarah-jsj-bukit-aman-sahkan-keterangan-mangsa-gangguan-seksual-ustaz-ebit-lew-sudah-di-ambil/


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker