2 cedera dalam serangan asid di Tokyo

2 cedera dalam serangan asid di Tokyo STESEN Shirokane Takanawa.

TOKYO: Dua orang mengalami luka melecur dalam serangan asid di stesen kereta api bawah tanah Jepun manakala pihak berkuasa masih memburu suspek berusia pertengahan abad.

Menurut polis dan media tempatan, serangan berlaku di stesen Shirokane Takanawa, kawasan mewah dekat Tokyo semalam, ketika upacara pembukaan Paralimpik dengan kawalan ketat dilaksanakan di ibu kota.

Jurucakap polis berkata, salah seorang mangsa, seorang peniaga berusia 22 tahun, mengalami luka melecur di mukanya selepas suspek menyemburkan cecair ke arahnya ketika beliau berada di eskalator.

Stesen televisyen NHK melaporkan, lelaki itu cedera parah terkena cecair dipercayai asid sulfurik.






Seorang wanita berusia 34 tahun juga dilaporkan mengalami luka melecur tidak serius di kakinya.

Serangan ganas seumpamanya agak jarang berlaku di Jepun, yang menguatkuasa undang-undang berkaitan senjata yang ketat.

Ketika Sukan Olimpik pada awal bulan lalu, 10 orang cedera termasuk seorang parah, dalam serangan di stesen kereta api komuter di Tokyo.

Suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian kemudian menyerahkan diri.

Kira-kira 60,000 pegawai polis dikerahkan untuk bertugas ketika Sukan Olimpik dan Paralimpik, menurut media Jepun. – AFP





https://edisisiasat.com/2021/08/25/duterte-akan-bertanding-sebagai-naib-presiden-pula/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker