Bekalan ubat di Afghanistan hanya cukup untuk seminggu: WHO

KAHERAH: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pihaknya mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cuma dapat bertahan seminggu, ketika Taliban menguasai ibu kota Afghanistan, Kabul 10 hari lalu.”WHO sekarang cuma ada cukup bekalan dalam negara yang mampu bertahan selama seminggu,” kata Ketua WHO Wilayah Mediterranean, Ahmed al-Mandhari.”Semalam, 70 peratus bekalan itu diserahkan kepada fasiliti kesihatan,” jelasnya.Menurut Mandhari, sebanyak 500 tan ubat-ubatan dan bekalan disimpan di Dubai tidak dapat dihantar berikutan keadaan huru-hara kerana operasi pemindahan keluar tentera di lapangan terbang Kabul yang tiada kapasiti untuk menerima penerbangan komersial.

“Beberapa negara menghantar pesawat kosong untuk mengambil orang yang dipindah, yang tidak mungkin mereka boleh membantu,” kata Mandhari.

Kelmarin, WHO dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bersama-sama menyeru penubuhan segera jambatan udara kemanusiaan yang diyakini boleh membantu penghantaran bekalan.

“Malah, sebelum kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu, Afghanistan mewakili operasi kemanusiaan ketiga terbesar dunia, dengan lebih 18 juta orang memerlukan bantuan,” kata kenyataan itu.

Tentera dipimpin Amerika Syarikat (AS) memperhebatkan operasi untuk memindah keluar ribuan orang dari Kabul selepas Taliban memberi amaran kumpulan itu enggan membenarkan AS melanjutkan tempoh masa ditetapkan pada 31 Ogos ini.





Kira-kira 50,000 warga asing dan rakyat Afghanistan terbang keluar dari negara itu dari lapangan terbang Kabul sejak Taliban melebarkan penguasaan 10 hari lalu, menurut kerajaan AS.

Ramai rakyat Afghanistan yang bimbang Taliban melaksanakan kembali undang-undang Syariah yang mula-mula dikuatkasakan kumpulan itu sejak berkuasa antara 1996 hingga 2001.

Ada juga yang takut Taliban akan mengambil tindakan terhadap mereka yang pernah bekerja dengan kerajaan disokong AS sejak dua dekad lalu. – AFP


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/25/harga-telur-ayam-dan-kambing-capai-paras-tertinggi-tahun-ini/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker