ERNI ZAKRI: “ALLAH PINJAMKAN UMI LIMA BULAN SAHAJA… REZEKI DAPAT IBU MENTUA BAIK”

  

“Allah SWT pinjamkan umi untuk saya selama lima bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis-manis. Subhanallah rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun di beri masa singkat.

“Saya tak tahu adakah saya menantu terbaik untuk kamu dan ayah tapi saya tahu saya ada ibu dan ayah mentua terbaik. MasyaAllah. Anak-anak akan rindukan umi sangat-sangat especially your keletah. Kami reda dengan pemergian umi. Semoga Allah SWT lapangkan kubur umiku seluas mata memandang. Itu doa yang umi selalu amalkan

“Terima kasih Umi. I love you so much. Hanya Allah SWT yang tahu. Terima kasih untuk semua kenangan indah. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah SWT balas kepada anda semua,” demikian tulis isteri penyanyi Syamel iaitu penyanyi Ernie Zakri pula berkata lima bulan perkenalan dengan ibu mentua merupakan kenangan terindah dalam hidupnya.

Erni berkongsi luahan hatinya itu menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Untuk makluman, Ernie dan Syamel berkahwin pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pada malam 22 Ogos lalu, Syamel telah Kehilangan ibu tercinta, Wan Faaizah Karim dan ia benar-benar meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi itu. Allahyarham Wan Faaizah, 55, menghembuskan nafas terakhir selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.

Kata Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, arwah merupakan seorang ibu yang penyayang dan selalu memberikan nasihat dan pesanan tanpa mengira masa.





“Syurga. How I wish you guys jumpa dan kenal umi (panggilan untuk ibu). You will surely love her. Sangat berkarisma dan setiap tutur kata penuh dengan pesanan dan peringatan. Kadang-kadang telefon tak kira masa kalau teringat sesuatu nak pesan, masa tu kita terfikir kenapa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang… rupa-rupanya terlalu singkat masa yang kita ada untuk menunggu.

“Saya kongsikan sedikit pesanan umi, masa ni nak keluar rumah nak memandu, umi suruh duduk kejap depan dia ada benda nak beritahu. Ha dengarlah. So cute! Saya rakam depan dia,” kata Syamel.

Penyanyi lagu ‘Good Bye, Hello’ ini berkongsi salah satu kenangan manisnya bersama arwah ibu menerusi Instagram. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman suara ibunya mengingatkan mengenai bacaan doa sebelum keluar rumah.

Dalam pada itu, Syamel mengingatkan pengikutnya supaya meluangkan masa dengan ibu bapa masing-masing sementara mereka masih hidup. Selain itu, dia menggalakkan mereka merakam momen-momen indah untuk dijadikan kenangan bagi mengubat kerinduan.





“Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian dan merayulah doa daripada mereka. Mungkin doa dari seorang ibu buat saya dah terputus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan diamalkan dan diingati sampai akhir usia.

“Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun tak mungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah,” ujarnya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker