Ismail Sabri Jemput Pemimpin PH Ke Putrajaya, Apa Yang Di Bincangkan?

Dalam satu ciapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PKR, Fahmi Fadzil, Ismail Sabri telah menjemput kesemua Ketua Parti komponen dalam Pakatan Harapan ke Putrajaya jam 2.00 petang hari ini.

Antara yang dikatakan telah dijemput oleh Ismail Sabri ialah Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara, Tn Hj Mohamad Sabu.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/337091836316171/posts/6269002996458329/





Walau bagaimana pun, Fahmi Fadzil tidak pula menyatakan tujuan sebenar ketiga-tiga pemimpin tersebut dijemput untuk berjumpa dengan Ismail Sabri di Putra Perdana.

Namun, adalah dipercayai, pertemuan itu berkaitan dengan tawaran yang telah dibuat oleh Ismail Sabri kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dalam ucapan sulong beliau tempoh hari.

Bagaimana pun, skuad Edisi Siasat difahamkan, tawaran yang dibuat oleh Ismail Sabri itu mendapat sambutan yang dingin dari blok pembangkang.

Walau pun ada khabar angin yang mengatakan ada kemungkinan perbincangan yang akan diadakan adalah mengenai penglibatan pembangkang di dalam kabinet Ismail Sabri dalam pembentukan ‘unity government’, namun skuad Edisi Siasat meraguinya kerana secara jelas Ismail Sabri telah menolak penglibatan Ahli Parlimen pembangkang dalam kabinet yang bakal beliau bentuk.

Baca di sini:





https://www.benarnews.org/malay/berita/my-ismailsabriyaakob-210823-08232021185714.html

Walau apa pun tujuan pemimpin pembangkang dijemput ke Putra Perdana dan walau apa pun perbincangan yang akan dilakukan nanti, skuad Edisi Siasat berharap akan ada satu persefahaman di antara kerajaan dan pembangkang demi untuk kebaikan rakyat dan negara.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami

https://edisisiasat.com/2021/08/25/serangan-dr-mahathir-kepada-ismail-sabri-bermula/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker