Muhammad Nursaiful tersingkir acara renang 200 meter

Muhammad Nursaiful tersingkir acara renang 200 meter

ATLET renang para negara, Muhammad Nursaiful Zulkafli tersingkir daripada acara renang 200 meter (m) gaya bebas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, apabila penyertaannya dibatalkan pada saringan acara berkenaan di Pusat Akuatik Tokyo, pagi tadi.

Muhammad Nursaiful, 25, tersingkir daripada acara berkenaan, setelah renangannya dibatalkan berikutan berlaku kesilapan teknikal.

Bagaimanapun, Muhammad Nursaiful yang beraksi bagi kategori S5 (cacat anggota), masih boleh terus beraksi dalam tiga lagi acara renang pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain acara 200m gaya bebas, Muhammad Nursaiful akan turut beraksi bagi acara 50m dan 100m gaya bebas selain 100m kuak dada.





Oleh itu, atlet kelahiran Sarawak itu masih berpeluang untuk layak ke final bagi kesemua acara berkenaan bagi memburu pingat di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/25/pandelela-pun-bagi-cenderamata/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker