Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis

Pepatah orang Melayu ada menyebut, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Undang-undang dan pihak berkuasa jangan dicabar, buruk akibatnya.

Sebabkan hendak tunjuk hebat, akhirnya pasangan suami isteri yang kononnya melakukan ‘social experiment’, akhirnya mendapat.

Ketua Polis IPD Klang Selatan, ACP Tuan Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan itu ditahan pada jam 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2.





Pihak polis mengambil tindakan selepas mendapat maklumat sepasang suami isteri memuatnaik aktiviti yang mereka namakan eksperimen sosial tular di akaun Facebook atas nama Mujaheeda Soleha.

Pasangan itu didapati melanggar SOP yang telah ditetapkan dengan makan di kedai makan sebelum melengkapkan 2 dos vaksinasi seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain dari itu, pasangan tersebut juga didapati telah melakukan aktiviti merentas negeri dan telah memuatnaik gambar mereka sekeluarga bercuti di Langkawi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Seksyen 223 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.





Semuga dengan tindakan ini akan memberikan pengajaran kepada semua dan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Skuad Edisi Siasat ingin mengingatkan, tujuan kita mengambil vaksin dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, bukanlah kerana takutkan tindakan undang-undang, tetapi adalah untuk melindungi dan menjaga keselamatan diri kita serta orang-orang yang kita sayangi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker