Pembangkang Bersetuju Berikan Sokongan Bersyarat Kepada Ismail Sabri Dalam Undian Keabsahan Di Parlimen

 

Dalam keluaran sebelum ini, skuad Edisi Siasat ada menulis mengenai pertemuan yang diadakan antara Ketua Parti semua parti komponen di dalam Pakatan Harapan dengan Ismail Sabri di Putra Perdana.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/25/ismail-sabri-jemput-pemimpin-ph-ke-putrajaya-apa-yang-di-bincangkan/





Persoalan mengenai tujuan perjumpaan itu terjawab apabila usai pertemuan tersebut pada kira-kira pukul 4.30 petang tadi, Ketua Pembangkang yang juga merupakan Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, telah membuat kenyataan ringkas.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, ketiga-tiga Ketua Parti komponen utama Pakatan Harapan bersetuju untuk mempertahankan kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri apabila undian keabsahan dilakukan di Parlimen, sekiranya mereka mendapati semua program yang akan diperkenalkan oleh pentadbiran Ismail Sabri mengutamakan rakyat dan negara.





Nada ini dilihat selari dengan apa yang pernah digesa oleh mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, yang mahu supaya Ismail Sabri mengutamakan rakyat dan bukannya kroni serta tawkay kilang.

Perkembangan terbaru ini akan memberikan Ismail Sabri peluang untuk memberikan fokus kepada masalah ekonomi dan Covid-19 tanpa perlu merasa bimbang terhadap kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Ini sekali gus dapat mengenepikan segala permintaan melampau dari pihak PPBM dan sekutu mereka di dalam Perikatan Nasional.

Kini, segala-galanya terpulang kepada Ismail Sabri untuk mengotakan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam ucapan sulong beliau bahawa beliau memahami keresahan dan denyut nadi rakyat kerana beliau sendiri datang dari keluarga penoreh getah.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker