Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula

Selagi wujud manusia yang bernama Dr Mahathir bin Mohamed di bumi Malaysia ini, hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah akan padam, walau pun sudah 2+1 kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dan selagi ada hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri, selagi itu rakyat dan negara Malaysia tidak akan aman.

DYMM Sultan Selangor pernah bertitah, kemarahan Dr Mahathir akan membakar seluruh negara!!!

Dr Mahathir memang dikenali sebagai politikus licik yang telah menjatuhkan musuh-musuh politik beliau.





Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tun Abdullah Badawi, DS Najib Razak, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, DS Anwar Ibrahim adalah deretan pemimpin yang telah tumbang apabila Dr Mahathir melancarkan serangan politik ke atas mereka.

Dr Mahathir bijak memilih isu dalam merangka serangan yang akan dilancarkan terhadap sasaran.

Dalam pemerhatian skuad Edisi Siasat, Dr Mahathir kini sudah memulakan serangan terhadap Perdana Menteri ke 9, DS Ismail Sabri, yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri.

Malah isu yang akan dimainkan untuk melakukan serangan telah disiapkan sebelum kejatuhan Mahiaddin.

Dalam laman blog beliau chedet.cc, pada 21 Ogos 2021, Dr Mahathir telah mengkritik perancangan menubuhkan Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan oleh Mahiaddin, kerana menurut Dr Mahathir, keanggotaan Majlis Pemulihan Negara acuan Mahiaddin dianggotai oleh panel yang telah terbukti kegagalan mereka.

Baca di sini:





https://chedet.cc/?p=3457

Serangan Dr Mahathir ke atas Mahiaddin diteruskan dalam tulisan beliau dalam laman blog yang sama pada 1 Ogos 2021 dan 2 Ogos 2021.

Baca di sini:

1) https://chedet.cc/?p=3463

2) https://chedet.cc/?p=3469

Namun kerana menyedari Mahiaddin tidak mungkin akan dapat pertahankan jawatan Perdana Menteri, Dr Mahathir menghentikan serangan buat sementara waktu untuk melihat siapakah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Mahiaddin.

Apabila Istana Negara sudah memuktamadkan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Mahiaddin pada 20 Ogos 2021, Dr Mahathir memulakan serangan ke atas sasaran baharu.





Baca di sini:

https://chedet.cc/?p=3485

Walau pun tidak dinyatakan secara langsung dalam tulisan beliau, namun boleh difahami, Dr Mahathir menggesa supaya Ismail Sabri melaksanakan semula Perintah Darurat ke seluruh negara.

Dr Mahathir tidak memberikan hujah yang kukuh selain dari kadar kematian yang tinggi, kadar jangkitan yang tinggi dan memetik laporan The Economist yang mendakwa negara sebagai ‘worst performer’ dalam mengawal pandemik Covid-19 berbanding negara lain di dunia.

Dengan hujah yang sudah diketahui umum itu, Dr Mahathir menggesa Ismail Sabri supaya melaksanakan Perintah Darurat 2.0 di seluruh negara.

Sebenarnya tiada keperluan Perintah Darurat 2.0 di seluruh negara tapi cukup sekadar ‘Total Lockdown’ yang benar-benar ketat di negeri-negeri yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.





Sebagai contoh, dari Infografik di atas, bagi negeri yang mempunyai purata kes 7 hari melebihi dari purata kes dalam kategori yang sama di seluruh negara, ‘Total Lockdown’ yang ketat boleh dilaksanakan di seluruh negeri tersebut, manakala untuk negeri yang lain, ‘Total Lockdown’ dilaksanakan mengikut daerah yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Negara sudah tidak mampu mengisytiharkan Proklamasi Darurat 2.0 kerana keadaan ekonomi negara kini berada dalam keadaan yang sangat tenat dan Proklamasi Darurat 2.0 akan melumpuhkan sepenuhnya ekonomi negara.

Sebagai seorang yang sudah menjadi Perdana Menteri lebih dari 2 dekad, Dr Mahathir pasti amat maklum mengenai perkara ini, tetapi mengapakah beliau gunakan pengisytiharan Proklamasi Darurat 2.0 untuk menyerang Ismail Sabri.

Kerana Dr Mahathir tahu, tidak mungkin Ismail Sabri akan mengambil pendekatan yang bbeliau cadangkan dan sekiranya keadaan menjadi semakin buruk, maka inilah senjata yang akan beliau gunakan untuk melancarkan gelombang kedua serangan.





Ketika itu kita akan dapat melihat Dr Mahathir kerap muncul di sosial media untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pentadbiran Ismail Sabri.

Dan sebagai sokongan terhadap kemarahan rakyat, Dr Mahathir juga telah mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara mengikut acuan beliau dan dibarisi oleh proksi beliau.

Dr Mahathir juga mencadangkan supaya Majlis Pemulihan Negara(MPN) ini melapur terus kepada DYMM SPB YDP Agong dan bukan kerajaan yang memerintah.

Bukankah ini akan menimbulkan masalah kerana yang akan melaksanakan segala undang-undang  adalah kerajaan dan ini akan membuka ruang kepada arahan bertindih antara kerajaan dan MPN?

Tetapi inilah yang Dr Mahathir mahukan, kerana apabila MPN melapur terus kepada SPB YDP Agong, ruang untuk mempengaruhi Istana Negara untuk memberikan tekanan kepada kerajaan akan terbuka luas.

Ketika itu Ismail Sabri akan menghadapi tekanan dari Istana Negara dan juga rakyat, dan inilah keadaan yang telah menumbangkan Mahiaddin.

Jadi, sekiranya Ismail Sabri berjaya melepasi rintangan undi keabsahan di Dewan Rakyat, apakah beliau sudah bersedia untuk menghadapi serangan dari Dr Mahathir?


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/25/pat-pat-siku-lipat-siapa-suruh-minta-kan-dah-mendapat-pasangan-social-experiment-di-cekup-polis/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker