SHUIB BERSYUKUR AYASH AFFAN SUDAH KELUAR INKUBATOR, MULA MINUM SUSU IBU

SHUIB BERSYUKUR AYASH AFFAN SUDAH KELUAR INKUBATOR, MULA MINUM SUSU IBU

“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, Alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, Insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” ujar pelawak Shuib, 37, yang meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya, Ayash Affan sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lalu

Baru-baru ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri. Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang kini berusia 20 hari selepas dilahirkan pramatang pada 6 Ogos lalu itu sangat baik.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Pada 9 Ogos lalu, Shuib telah kehilangan isteri tercinta, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM. Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.

https://edisisiasat.com/2021/08/25/single-terbaru-fazli-zainal-tak-jadi-lancar-dari-hospital-kemungkinan-discharge/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker