Waris Mangsa Covid-19 Layak Buat Tuntutan PERKESO

Angka kematian akibat Covid-19 di Malaysia sudah melebihi 14000 orang.

Mungkin ramai di antara waris mangsa Covid-19 ini masih lagi tidak tahu bahawa mereka layak untuk membuat tuntutan daripada PERKESO sekiranya semasa hayatnya, mangsa Covid-19 itu pernah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif PERKESO, Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, setakat ini PERKESO sudah membayar sebanyak RM11.11 juta sebagai faedah kepada lebih 11100 penerima yang telah diluluskan permohonan mereka.

Selain dari itu, di bawah Skim Pencen Ilat bencana perkerjaan pula, PERKESO telah memperuntukkan RM110 juta untuk diberi kepada waris mangsa Covid-19, sama ada suami atau isteri mereka.





Dan sekiranya waris yang menerima bayaran itu meninggal dunia, maka bayaran itu akan diberikan kepada anak-anak mereka sehingga genap umur 21 tahun atau sehingga mereka memperolehi Ijazah Pertama.

Sementara itu sebanyak RM200 juta pula akan disediakan di bawah Sistem Insuran Perkerjaan (SIP) untuk dibayar kepada lebih 50000 pencarum yang telah kehilangan perkerjaan akibat dari pandemik Covid-19 dari Januari hingga Julai 2021.

Skuad Edisi Siasat menyeru kepada waris mangsa Covid-19 yang belum membuat sebarang tuntutan, agar segera menghubungi pihak PERKESO supaya bebanan perbelanjaan harian keluarga dapat dikurangkan dengan pelbagai bantuan dari pihak PERKESO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker