Antibodi mampu hentikan penularan varian Covid-19, 10 fakta tentang llama

 

ANTIBODI haiwan llama kemungkinan besar akan mempunyai peranan global dalam membantu memerangi Covid-19.

Menurut Berita Mediacorp, ini sekiranya ujian klinikal yang dijalankan oleh syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti yang dijanjikan, menurut Reuters.

Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent berkata antibodi yang diambil daripada seekor Ilama yang diberi nama ‘Winter’ itu berjaya menghentikan penularan koronavirus termasuk variannya di dalam ujian makmal.

Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago berkata, teknologi yang merupakan kemajuan terbesar itu dilihat dapat meningkatkan peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem berdaya tahan yang lemah, selain merawat para individu yang dijangkiti di hospital.





Ulasnya lanjut, antibodi llama yang luar biasa dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada S Protein virus dan pihaknya tidak melihat mutasi pada kadar tinggi di sana.

Antibodi itu juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular.

Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, seperti llama dan spesis unta yang lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil dan stabil berbanding haiwan-haiwan yang lain.

Katanya, saiznya yang kecil membolehkan ia untuk mencapai sasaran hingga ke bahagian virus yang sukar diakses oleh antibodi biasa.

Pencarian bagi rawatan Covid-19 itu adalah susulan kepada kajian yang dijalankan pada 2016 melibatkan penggunaan antibodi haiwan llama untuk melawan virus SARS dan MERS.






Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


 

Jadi, ayuh kita kenali serba sedikit mengenai haiwan llama;

1. Llama adalah keluarga unta, atau jenis unta.

2. Tetapi tidak seperti unta yang habitatnya berada di padang pasir dan kawasan kering, llama lebih suka gunung, dengan cuaca sejuk.

3. Tidak hairanlah, di kawasan pergunungan Andes, kita dapat menemuinya dengan mudah. Terutama di Peru, Bolivia, Chile, dan Argentina.





4. Salah satu sebab mengapa llama sinonim dengan Peru adalah populasinya yang banyak.

5. Tetapi keluarga unta di Peru bukan hanya llama, kerana sekitar tujuh jenis binatang lain seperti alpaca, vicuna, dan guanaco adalah jenis yang biasa dijumpai di Peru.

6. Haiwan ini adalah salah satu spesies haiwan peliharaan tertua di dunia. Ribuan tahun yang lalu, suku pribumi di Peru memeliharanya untuk pelbagai tujuan, salah satunya adalah membuat bulu.7. Bainuka adalah bahasa Quechua dari bulu vikunya atau llama. Bulu viku digunakan untuk membuat pakaian musim sejuk dan harganya cukup tinggi kerana llama hanya dapat menghasilkan 0.5 kilogram bulu per tahun.

8. Selain digunakan sebagai pakaian, llama dan jenis unta lain juga mempunyai daging yang sangat sedap.

9. Sayangnya di Peru masih belum ada orang Islam yang menghasilkan daging llama, jadi tidak ada yang berani memakannya.





10. Sebaliknya, orang Peru biasanya memakan daging lembu atau kambing, tetapi mendapatkan daging lembu dan kambing yang halal dengan harga yang berpatutan juga sangat sukar.

Sumber: Mediacorp, CNN Indonesia

https://edisisiasat.com/2021/08/26/bapa-maut-selepas-tidak-sedarkan-diri-dalam-kereta-terbakar/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker