Ismail Sabri Menghadap SPB YDP Agong Untuk Persembah Senarai Kabinet Hari Ini
Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dijangka akan menghadap SPB YDP Agong untuk mempersembahkan dan mendapat perkenan baginda senarai kabinet baharu beliau.
Skuad Edisi Siasat difahamkan, upacara menghadap itu dijangka akan dilakukan pada sebelah pagi hari ini (Khamis), 27 Ogos 2021.
Sekiranya ini benar, maka penantian serta teka teki siapa yang akan menganggotai kabinet Ismail Sabri akan terjawab hari ini.
Dari maklumat yang diterima, kabinet baharu ini mungkin akan mengecewakan beberapa pihak di dalam PPBM.
Andaian ini dibuat berdasarkan, Ismail Sabri membuat keputusan untuk mendapatkan perkenan SPB YDP Agong selepas mendapat jaminan sokongan dari pihak pembangkang semalam.
Walau apa pun, jangan kita membuat spekulasi awal dan Edisi Siasat akan mengemaskini maklumat dari masa ke masa.
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/26/mahkamah-rayuan-tangguh-pendengaran-kes-tuntutan-rm10-3-juta-lhdn-dari-anak-perempuan-najib/