Kekosongan Jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Akan Di Isi Pembangkang

Kekosongan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, DS Azalina Othman Said, perlu diisi oleh pembangkang.

Perkara itu disarankan sendiri oleh mantan Timbalan Speaker Dewan Rakyat tersebut.

“Saya berpandangan ia perlu digantikan oleh Ahli Parlimen pembangkang, namun usul perlu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri.”

“Ini satu perkara terbaik yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob jika mahu merealisasikan kerjasama yang dimeterai antara beliau dengan pemimpin pembangkang.”





“Jika kerajaan melakukan demikian, ia menunjukkan usaha kita untuk menjadikan Parlimen sebagai platform forum yang profesional,” kata Azalina dalam Webinar Reformasi Parlimen anjuran Institusi Jeffrey Cheah Asia Tenggara hari ini.

Sekiranya kerajaan serius mahu melakukan reformasi Parlimen, perubahan terhadap komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) juga perlu diseimbangkan.

Setakat ini hanya Jawatankuasa Kira Kira Wang (PAC) sahaja yang dipengerusikan oleh pembangkang tetapi keahlian Ahli Parlimen dari kerajaan di dapati lebih ramai dari pembangkang dan menurut Azalina jumlah keahlian dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang perlulah diseimbangkan.

Kini terpulang kepada Ismail Sabri untuk melakukan reformasi Parlimen supaya Parlimen Malaysia benar-benar dapat dilihat sebagai satu platform perbincangan profesional dan bukannya seperti sangkar beruk sebagaimana yang pernah dititah oleh DYMM Sultan Johor sewaktu membukan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang lalu.

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker