Motosikal rempuh lori, suami isteri maut
SEPANG: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah lori di Kilometer (KM) 49.5 Jalan Cyberjaya/Dengkil menghala Cyberjaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa yang tercampak di atas jalan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari tadi, katanya, motosikal ditunggang mangsa terlanggar belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.
“Polis sedang mengenal pasti waris mangsa. Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/26/tak-halal-dunia-akhirat-curi-lagu-karya-tanpa-izin-amy-search/