Tiada Pengumuman Senarai Kabinet, Adakah Kerana YDP Agung Tidak Memperkenankan Senarai Ismail Sabri?

Ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman senarai kabinet baharu dari Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Ini adalah kerana, pagi tadi Ismail Sabri telah menghadap SPB YDP Agong untuk mendapatkan perkenan dari baginda atas senarai kabinet yang telah beliau susun.

Ismail Sabri telah menghadap SPB YDP Agong di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, pagi tadi dan SPB YDP Agong telah sudi menerima menghadap Ismail Sabri kira-kira satu setengah jam.





Usai dari menghadap SPB YDP Agong, Ismail Sabri dijadualkan akan terbang balik ke Putrajaya dan dijangka akan membuat pengumuman mengenai senarai kabinet beliau selepas mendapat perkenan dari SPB YDP Agong petang ini.

Namun, dari sumber dalaman memaklumkan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengesahkan bahawa tiada pengumuman senarai kabinet akan dibuat oleh Ismail Sabri petang ini.

Namun pihak PMO tidak pula memberitahu bila Ismail Sabri dijangkan akan membuat pengumuman yang penting itu.

Timbul tandatanya, apakah dengan ‘pembatalan’ pengumuman senarai kabinet adalah kerana SPB YDP Agong tidak memberikan perkenan baginda atas senarai kabinet yang dicadangakan oleh Ismail Sabri dan menitahkan supaya Ismail Sabri membuat rombakan?

Kalau itu keadaannya, mengapakah SPB YDP Agong tidak memberikan perkenan?





Adakah kerana saiz kabinet yang dipersembahkan itu terlalu besar?

Apa skuad Edisi Siasat masih menunggu pengumuman rasmi senarai kabinet dari Ismail Sabri.

Ismail Sabri tidak boleh mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapatkan perkenan SPB YDP Agong ke atas kabinet beliau.

Bulan September atau selewat-lewatnya bulan Oktober, kerajaan mesti membentangkan Rang Undang Undang Perbekalan 2022.

Angka jangkitan Covid-19 di Malaysia di Malaysia masih lagi sangat-sangat membimbangkan.





Betul, dengan perubahan kerajaan telah memberikan nafas baru kepada Bursa Saham Malaysia dan pengukuhan Ringgit telah bermula, tetapi sekiranya Ismail Sabri dilihat terlalu lambat bertindak dalam sesuatu perkara, dibimbangi keyakinan pelabur akan kembali hilang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker