Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, kini benar-benar berada di dalam keadaan yang cukup sukar.

Dalam pembentukan kabinet yang akan beliau umumkan tidak lama lagi, beliau terpaksa membuat pilihan antara kebajikan rakyat atau tekanan permintaan dari parti komponen Perikatan Nasional.

Rakyat mengharapkan agar kabinet yang akan dibentuk adalah kebinet yang berkualiti dan dapat membawa rakyat dan negara keluar dari masalah ekonomi dan Covid-19.

Tetapi parti komponen Perikatan Nasional mengharapkan supaya kabinet yang akan dibentuk nanti adalah kabinet yang mempunyai kuantiti yang cukup besar supaya setiap parti komponen Perikatan Nasional mendapat ‘goodies’ hasil dari sokongan yang mereka berikan kepada Ismail Sabri.





Sekiranya Ismail Sabri memenuhi harapan dan permintaan rakyat, sudah pasti beliau akan berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan Perdana Menteri apabila undian keabsahan dilakukan di Parlimen pada 6 September 2021 ini.

Dan ini akan memahatkan nama beliau sebagai Perdana Menteri paling singkat tempuh perkhidmatannya di Malaysia, sekali gus memecahkan rekod Mahiaddin Md Yasin.

Tetapi, sekiranya beliau memenuhi kehendak parti komponen di dalam Perikatan Nasional, sudah pasti beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat di Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Ismail Sabri perlu bijak memilih.

Bagi skuad Edisi Siasat, kami tidak nampak keperluan untuk Ismail Sabri membentuk kabinet yang bersaiz mega seperti pentadbiran Mahiaddin Md Yasin.





Tidak salah untuk mempunyai sebuah kabinet yang besar sekiranya setiap anggota kabinet memainkan peranan masing-masing.

Namun, dalam pentadbiran Mahiaddin, hampir 90% dari anggota kabinet beliau ‘tidur’ dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Malah, ada di antara menteri kabinet Mahiaddin dilihat telah menyalahgunakan kemudahan dan keistimewaan yang diberikan kepada mereka.

Ini telah menyebabkan gelombang kemarahan rakyat kepada pentadbiran Mahiaddin, walau pun pada peringkat awal, pentadbiran Mahiaddin mendapat sokongan rakyat.





Dalam keadaan kantong negara yang semakin menipis, dikhuatiri saiz kabinet yang besar hanya akan membebankan kewangan negara.

Kedudukan sebenar kewangan negara menjadi pesoalan yang cukup besar apabila mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib, mempersoalkan mengapa regim Mahiaddin membuat pinjaman sehingga RM11.5 bilion hanya dalam tempoh 10 hari?

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/09/kenapa-laju-laju-ambil-pinjaman-rm11-5-bilion-dalam-10-hari-najib-soal-putrajaya/

Apakah ini petanda bahawa keadaan kewangan negara berada dalam keadaan yang cukup kritikal sehingga jumlah yang begitu besar terpaksa dipinjam dalam tempoh yang cukup singkat?





Kalau benar keadaan kewangan negara berada di tahap yang cukup kritikal, kabinet yang bakal dibentuk Ismail Sabri mestilah sebuah kabinet yang kecil untuk mengelakkan negara dari terjebak ke dalam krisis kewangan yang akan membawa Malaysia ke sebuah negara bankrap.

Tidak ada keperluan mendesak untuk membuka semula semua kementerian yang pernah wujud di era Mahiaddin.

Ismail Sabri cuma perlu mempunyai beberapa kementerian yang penting sahaja, seperti Kementerian Kesihatan untuk menangani masalah Covid-19, Kementerian Kewangan untuk menjana semula ekonomi negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Buat sementara waktu, fungsi beberapa kementerian lain boleh digabungkan dengan kementerian utama yang disebutkan tadi, seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi boleh digabungkan dengan sama ada Kementerian Kewangan atau Jabatan Perdana Menteri, MITI boleh digabungkan dengan Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Dalam Negeri, atau biarkan kementerian-kementerian itu terus berfungsi, tetapi diberikan mandat kepada Ketua Setiausaha untuk menerajuinya.

Kesimpulannya, buat sementara waktu, tiada keperluan untuk mempunyai jumlah jemaah menteri yang ramai, apa lagi untuk mempunyai Timbalan Perdana Menteri.





https://edisisiasat.com/2021/08/25/pembangkang-bersetuju-berikan-sokongan-bersyarat-kepada-ismail-sabri-dalam-undian-keabsahan-di-parlimen/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker