13 Tentera Amerika Maut Manakala 18 Lagi Cedera Parah Dalam Serangan Bom Di Kabul

13 tentera Amerika dan 18 lagi cedera parah dalam 2 serangan bom dilakukan di lapangan terbang Kabul.

Serangan dilakukan ketika warga Afghanistan berpusu-pusu mahu keluar dari negara itu selepas Taliban berjaya mengambil alih pemerintahan Afghanistan.

Menurut Kerajaan Taliban, pihak IS telah melakukan serangan tersebut.

Sementara itu, seorang pegawai kesihatan dari kerajaan terdahulu pula memaklumkan, jumlah sebenar mangsa adalah melebihi 60 orang.





Kejadian gempar itu berlaku menjelang tarikh akhir 31 Ogos ini untuk Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain menyelesaikan proses pemindahan berkenaan yang menyaksikan kira-kira 100,000 orang sudah dibawa keluar, setakat ini.

Presiden Joe Biden menyifatkan tentera AS terkorban dalam letupan berkenaan sebagai perwira, berikrar untuk memburu pihak bertanggungjawab atas serangan terbabit.

“Kita tidak akan memaafkan. Kita tidak akan melupakan.”

“Kita akan memburu anda sehingga dapat dan membuat anda menanggung akibatnya,” katanya.





Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, memberitahu AFP bahawa antara 13 hingga 20 orang maut dan 52 lagi cedera dalam dua letupan berkenaan, manakala hospital di Kabul pula melaporkan enam mati serta 90 mangsa mengalami kecederaan.

Ketua Komando Pusat AS, Jeneral Kenneth McKenzie, pada peringkat awal berkata 12 tentera negara itu terkorban dalam serangan berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi tentera AS dilaporkan turut meninggal dunia kemudian, manakala bilangan terkini anggota pasukan itu yang mengalami kecederaan mencecah 18 orang.

Serangan ini pasti akan mengundang tindakbalas yang lebih agresif dari pihak Amerika Syarikat dan sekutu mereka, termasuk sekatan ekonomi.

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker