AERIL SAHKAN WAWA HAMIL ANAK KE-4: “SATU JE LAGI.”

 
“Alhamdulillah ya Allah doa dimakbulkan dapat baby nombor empat. Tinggal nak satu je lagi. Semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tidak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua. Semoga Wawa sentiasa dalam lindungannya. Terima kasih sayang. Jangan tutup kilang dulu ya,” tulis pelakon Aeril Zafrel menerusi laman Instagram.

Tidak mahu terus membuatkan netizen berteka-teki, Aeril tampil mengesahkan isterinya, pelakon Wawa Zainal kini sedang hamil anak keempat mereka. Aeril atau nama sebenarnya Suhair Sunari, 33, meluahkan rasa syukur dan berharap isterinya yang bakal bersalin dalam masa terdekat dipermudahkan urusan.

Aeril sempat berseloroh mahukan seorang lagi cahaya mata untuk mencukupkan 5 orang anak seperti yang dia impikan serta meminta isterinya tidak ‘tutup kilang’ lagi. Perkongsian Aeril mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan berjalan lancar.

Sebelum ini, foto Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, yang dimuat naik di laman sosial menimbulkan tanda tanya netizen apabila memperlihatkan ‘baby bump’.





Wawa dalam satu laporan media, turut memberitahu dia kini hamil enam bulan dan berada dalam keadaan baik: “Sebenarnya, saya memang hamil enam bulan, sudah nak masuk tujuh bulan. Alhamdulillah, keadaan saya okey,” ujarnya.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker