Bukan hanya rumah mampu tengok, tapi mampu beli!

Bukan hanya rumah mampu tengok, tapi mampu beli!

Kuala Lumpur: Peneraju kediaman mampu milik, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) terus menggiatkan usaha meningkatkan peluang pemilikan kediaman ‘mampu beli’ kepada orang ramai.

Ia dilakukan selepas jumlah keseluruhan kediaman siap dibina SPNB kini mencapai angka 133,238 unit.

Terbaru, SPNB menyerahkan 232 unit rumah teres berkembar kepada pembeli Projek Perumahan Makmur Karak Setia Idaman, Lake View Jaya, Bentong, Pahang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Isnin berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dalam memastikan rumah itu dapat disiapkan segera selain mengutamakan kebajikan pembeli.





“Walaupun menghadapi kesukaran, kami berusaha membantu pembeli dengan menyelesaikan masalah projek terdahulu yang lewat disiapkan atau terbengkalai.


Artikel Menarik :


“Kami dapat lihat kejayaan SPNB menerusi penyerahan unit kediaman Projek Perumahan Makmur Karak Setia Idaman ini walaupun negara masih berdepan dengan krisis pandemik Covid-19,” katanya ketika membuat lawatan kerja dan tinjauan projek siap dibina.

Hasleen berkata, SPNB mengambil peranan dalam meningkatkan peluang pemilikan kediaman dengan meningkatkan jumlah pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia sejak awal penubuhan.

Difahamkan setiap unit rumah teres berkembar di Projek Kediaman SPNB Lake View Jaya dijual pada harga bermula RM148,000 seunit dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Menurutnya, 232 unit rumah teres berkembar berkenaan dibina di atas tapak seluas 79 ekar serta mempunyai keluasan binaan 1,158 kaki persegi bagi setiap unit.





“Menerusi nilai pembangunan kasar (GDV) RM34 juta, kediaman ini dilengkapi dengan prasarana mengetengahkan konsep ekosistem lengkap untuk kehidupan mampu milik mampan bagi setiap pembeli.

“Kami menghargai sokongan dan kepercayaan Kerajaan Negeri Pahang menyediakan tanah untuk dimajukan menjadi Perumahan Makmur Karak Setia Idaman, Lake View Jaya di Bentong ini oleh SPNB,” katanya.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/27/netizen-tegur-penampilan-nadia-brian-yang-semakin-seksi/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker