Enrique pilih ramai pemain muda
MADRID: Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique menamakan skuad kelayakan Piala Dunia sebentar tadi dengan sebahagian besar disertai pemain muda namun tiada pemain Real Madrid.
Selepas menamatkan Euro 2020, Luis Enrique mengambil keputusan tidak bergantung kepada wakil dari Real bagi saingan antarabangsa September ini berdepan Sweden, Georgia dan Kosovo.
Bekas pemain Real itu merehatkan pemain seperti Pedri, Dani Olmo dan Mikel Oyarzabal yang membantu La Rioja mara ke separuh akhir Euro namun tewas menerusi penalti kepada Itali.
Jordi Alba, Sergio Busquets dan Alvaro Morata kembali selain Raul Albiol, juara Piala Dunia 2010 yang kembali ke saingan antarabangsa.
Ketika Piala Dunia 2022 masih berbaki setahun setengah, Luis Enrique mengambil keputusan mengikut polisinya menguji pemain muda.
Skuad Sepanyol
Penjaga gol: Unai Simon (Athletic Bilbao), David De Gea (Manchester United), Robert Sanchez (Brighton & Hove Albion)
Pertahanan: Jordi Alba (Barcelona), Jose Gaya (Valencia), Cesar Azpilicueta (Chelsea), Marcos Llorente (Atletico Madrid), Eric Garcia (Barcelona), Aymeric Laporte (Manchester City), Inigo Martinez (Athletic Bilbao), Raul Albiol (Villarreal).
Pemain tengah: Sergio Busquets (Barcelona), Rodri (Manchester City), Koke (Atletico Madrid), Mikel Merino (Real Sociedad), Carlos Soler (Valencia), Brais Mendez (Celta Vigo).
Penyerang: Pablo Fornals (West Ham), Pablo Sarabia (Paris Saint-Germain), Ferran Torres (Manchester City), Adama Traore (Wolverhampton), Alvaro Morata (Juventus), Gerard Moreno (Villarreal), Abel Ruiz (Sporting Braga)
– AFP
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
Artikel Menarik :
- Mahkamah Rayuan tangguh pendengaran kes tuntutan RM10.3 juta LHDN dari anak perempuan Najib
- Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP
- BILA JAMAL ABDILLAH NAMPAK MUDA BERGAYA DENGAN KERETA MEWAH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/26/kane-sah-kekal-bersama-tottenham/