Kren runtuh, lapan maut di Nairobi
NAIROBI: Lapan individu termasuk dua warga China maut, manakala dua lagi cedera hari ini selepas berlaku runtuhan kren di tapak pembinaan di ibu negara Kenya, kata polis.
Kren itu terjatuh ketika kerja pembinaan asrama pelajar setinggi 14 tingkat giat dijalankan.
“Kami kehilangan lapan individu. Ini termasuk dua individu warga China dan enam lagi warga Kenya,” kata ketua polis di kejiranan Kilimani, iaitu lokasi kemalangan itu berlaku.
Punca sebenar kemalangan masih belum diketahui, tetapi menurut saksi di tempat kejadian, mereka mendengar suara orang menjerit ketika kren itu jatuh ke tanah.
“Kami sedang makan tengah hari ketika mendengar bunyi benda terjatuh dan menyangka sebahagian bangunan itu runtuh.
“Ketika sampai di sana, kami mendapati sebuah kren telah jatuh,” kata pekerja pembinaan, Michael Odhiambo kepada AFP.
Kerja pembinaan yang tidak cermat dan mengabaikan peraturan menyebabkan berlaku banyak kemalangan maut di Nairobi.
Kenya sedang mengalami pembangunan yang pesat, bagaimanapun amalan rasuah membolehkan kontraktor mengambil langkah mudah dengan melanggar peraturan ditetapkan.
Sekurang-kurangnya tiga individu maut pada Disember 2019 ketika bangunan kediaman runtuh di Nairobi.
Insiden itu berlaku tiga bulan selepas tujuh kanak-kanak maut dan puluhan lagi cedera ketika sekolah mereka runtuh dalam kemalangan yang didakwa akibat pembinaan taraf ketiga.
Pada April 2016, 49 individu maut apabila bangunan enam tingkat runtuh di timur laut ibu negaranya. – AFP
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
Artikel Menarik :
- Mahkamah Rayuan tangguh pendengaran kes tuntutan RM10.3 juta LHDN dari anak perempuan Najib
- Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP
- BILA JAMAL ABDILLAH NAMPAK MUDA BERGAYA DENGAN KERETA MEWAH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/26/antibodi-mampu-hentikan-penularan-varian-covid-19-10-fakta-tentang-llama/