Selepas Guan Eng, Dr Mahathir Pula Meragui Kemampuan Kabinet Ismail Sabri

Selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mempersoalkan kejujuran Ismail Sabri dalam perbincangan dengan ketua parti utama di dalam Pakatan Harapan dan menganggap kabinet Osmail Sabri adalah ‘kabinet kitar semula’, kini Dr Mahathir pula membuat kenyataan bahawa beliau meragui kemampuan kabinet Ismail Sabri.

“Mereka pandai bercakap tetapi adakah mereka juga pandai berkerja?,” tanya Dr Mahathir.

“Saya merasa kecewa kerana tidak banyak perubahan dari kabinet Mahiaddin”.

“Orang yang sama dilantik walau pun mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik semasa berada dalam kabinet Mahiaddin.”





Ada diantara mereka yang dilantik hanya pandai bercakap, seperti Shahidan Kassim, tetapi apakah beliau boleh berkerja?”

Dr Mahathir menambah, kerajaan sekarang terlalu berpolitik tetapi tidak ada penjelasan mengenai perancangan atau langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan pandemik Covid-19.

Kenyataan Dr Mahathir dilihat senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, yang mengatakan barisan kitar semula menteri kabinet yang telah gagal telah dilantik semula.

“Dangat mengecewakan.”

“Kita mengharapkan perubahan tetapi ternyata tidak berlaku,” kenyataan Anwar Ibrahim di dalam akaun Facebook beliau.





Nampaknya, Ismail Sabri menghadapi cabaran yang getir, bukan sahaja dalam menyelesaikan masalah negara tetapi juga mengembalikan keyakinan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker