Senarai Penuh Kabinet DS Ismail Sabri

Tepat pukul 11.00 pagi tadi, Perdana Menteri, DS Ismail Sabri telah mengumumkan senarai penuh kabinet baharu beliau.

Menurut Ismail Sabri, matlamat utama kabinet beliau adalah bertindak pantas untuk mengatasi 2 masalah utama yang sedang negara hadapi, iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi.

Ismail juga memperkenalkan dasar baharu iaitu Perkasa Agenda Malaysia Sihat yang berteraskan kepada 3 prinsip utama :

  1. Peka kepada hal ehwal semasa
  2. Bertanggungjawab dan amanah
  3. Mengembalikan keyakinan rakyat

Setiap kementerian juga perlu mencapai sasaran awal mereka di dalam masa 100 hari.





Berikut adalah senarai penuh kabinet Ismail Sabri :

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan

YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz





Menteri Kewangan

YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya

YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan





YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid





Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)





YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman

Menteri Sumber Manusia

YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan

YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Binti Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi

YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar
Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar

YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Menteri Luar Negeri

YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican
Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar
Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan

YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Apa yang dapat skuad Edisi Siasat katakan ialah tidak nampak perubahan seperti yang diharap-harapkan rakyat dalam kabinet Ismail Sabri.

Banyak lagi muka-muka lama yang telah ditolak rakyat masih lagi berada dalam kabinet beliau dan beberapa kementerian yang tidak penting dalam keadaan negara mengalami krisis pandemik Covid-19 dan ekonomi masih lagi dikekalkan.

Apa pun masih terlalu awal untuk skuad Edisi siasat memberikan kredit atau kritikan, kami cuma ingin mengucapkan ‘good luck’ kepada Ismail Sabri dan barisan kabinet beliau.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker