Skuad badminton negara harus jinakkan England

Skuad badminton negara harus jinakkan England

Kuala Lumpur: Skuad badminton perlu mencari strategi terbaik untuk menewaskan England jika ingin mara ke separuh akhir Piala Sudirman.

Malaysia dijangka akan menghantar pemain muda pada kejohanan itu namun timbul beberapa persoalan terhadap kemampuan skuad negara terutama selepas pemain beregu wanita negara Chow Mei Kuan mengambil keputusan untuk bersara.

Justeru peluang untuk mara ke suku akhir tampak sukar terutama selepas Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama Jepun, England dan Mesir.

Melihat pada undian itu mungkin tidak berdepan masalah untuk menewaskan Mesir tapi sukar untuk mengalahkan England yang mempunyai pemain wanita yang lebih kuat berbanding pasukan negara.






Artikel Menarik :


Itu pandangan bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim yang melihat kesukaran yang bakal dihadapi skuad negara dalam aksi berpasukan campuran kali ini.

“Kita dah kehilangan Mei Kuan yang mengambil keputusan untuk bersara dan siapa pula yang akan mengalas tugas sebagai pemain perseorangan wanita.

“England pula ada kekuatan dalam acara itu. Mereka ada pemain yang hebat dalam acara beregu wanita dan pasangan beregu campuran mereka pula dalam kelompok 20 terbaik dunia,” katanya.

Menurutnya, untuk menewaskan Jepun sudah tentulah sukar dan kini barisan negara perlu mencari strategi terbaik untuk menundukkan England.

Bagaimanapun skuad negara masih boleh menaruh harapan terhadap perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia dan juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.





Namun persoalannya kini siapa yang akan menggalas tugas pemain perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran yang kebanyakannya bergerak secara profesional.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/26/penyertaan-adam-di-gp-britain-serampang-dua-mata/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker